Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
CIMB Clicks Dihentikan
Gambar: CIMB

Aplikasi CIMB Clicks Dihentikan Mulai 12 April Ini

Iqbal Yasir

Aplikasi CIMB Clicks Dihentikan Mulai 12 April Ini

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan, berkuat kuasa pada 12 April 2025 ini dan digantikan sepenuhnya oleh aplikasi CIMB OCTO.

Perkara itu dimaklumkan CIMB Group Holdings Bhd menerusi satu notis di laman web miliknya.

“Mulai 12 April 2025, aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan dan digantikan sepenuhnya oleh aplikasi CIMB OCTO.

“Untuk memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan, muat turun aplikasi CIMB OCTO sekarang dari kedai aplikasi rasmi,” maklumnya.

CIMB Perkenal Aplikasi CIMB OCTO

Sebelum ini, syarikat perbankan itu telah melancarkan aplikasi baharu, CIMB OCTO di gedung aplikasi pada 11 Jun lalu.

Kata CIMB, aplikasi CIMB OCTO hadir dengan wajah baharu yang lebih menarik dan direka untuk memudahkan urusan perbankan harian pengguna.

“Dengan aplikasi CIMB OCTO, pengguna akan menguruskan kewangan dengan cepat dan selamat, memberikan pengalaman perbankan yang bijak dan diperibadikan,” katanya.

Tambahnya lagi, pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi itu di Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Aplikasi Huawei.

Dalam perkembangan lain, CIMB akan bekerjasama dengan JuiceUP dan Visa untuk memperkenalkan rumusan pembayaran tanpa sentuh pertama dalam pasaran yang direka untuk pengendali titik caj (CPO) dalam industri kenderaan elektrik (EV).

BACA: Hilang Sejak Januari, Mayat Remaja Ditemui Dengan Anggota Badan ‘Terpisah’

Menurut CIMB, jalinan kerjasama itu memudahkan pemilik EV untuk melakukan pembayaran ketika mengecas kenderaan mereka menggunakan kad debit atau kredit.

“Selaras dengan perubahan pilihan pengguna ke arah pembayaran yang lancar dan segera, CIMB berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh pertama dalam pasaran, yang direka untuk menyelaraskan urus niaga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital, Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian eksklusif itu, pemegang kad kredit dan debit CIMB kini boleh menikmati diskaun sehingga 15% bagi perkhidmatan pengecasan di stesen EVPower.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong peningkatan bilangan pengguna EV dengan menjadikan pengecasan lebih berpatutan dan boleh diakses melalui Rangkaian Pengecasan EVPower,” kata CIMB.

Sumber; CIMB

BACA: Pelakon Veteran Korea Selatan, Kang Myung Joo Meninggal Dunia