Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Nampak “Fresh”, Pasar Besar Siti Khadijah Kini Berwajah Baharu
Sudah lumrah sebagai manusia, setiap dari kita ingin melancong ke negara luar bagi mengalami sendiri suasana dan cara hidup yang berbeza. Begitu juga pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia. Ada yang gemar berkunjung ke tempat bersejarah, ada juga yang memilih untuk menghayati alam semula jadi.
Namun, terdapat satu persamaan yang tidak dapat kita nafikan terpacul dalam fikiran pelancong, iaitu keinginan mencari produk tempatan. Berikutan itu, antara lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan di Malaysia sudah tentu premis perniagaan yang menawarkan produk tempatan seperti pasar atau bazar terkemuka.
Tidak sah melancong ke tempat orang tanpa membawa pulang produk yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan. Sama ada berbentuk kraftangan mahupun makanan tradisional, produk tempatan menjadi pilihan sebagai buah tangan.
Sudah tentu, bagi mendapatkan produk-produk tempatan ini, kunjungan ke lokasi yang tepat juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, jika ke Pantai Timur, antara lokasi yang menjadi tumpuan utama sudah tentu Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.
BACA: Berkejaran Balik, Gelagat Anak-Anak Bantu Bapa Ketika Pulang Dipuji Ramai
Selain menyajikan pelbagai juadah tempatan, pasar ini turut menawarkan penjualan barangan tembaga dan tekstil dengan motif yang melambangkan negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Malah, pasar ini turut menjadi lokasi tumpuan jurukamera mendapatkan gambar pemandangan yang begitu mempesona.
Namun begitu, peredaran zaman yang merancakkan pembinaan pasar raya baharu semakin menenggelamkan pasar bersejarah ini. Bagi memberikan nafas baharu kepada lokasi pelancongan ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta pada 1 Oktober lalu.
Dengan peruntukan ini, Pasar Besar Siti Khadijah kini bukan sahaja tampil kemas dan menarik, malah infrastruktur tersedia turut ditambah baik bagi memberi keselesaan selain menjamin keselamatan pengunjung dan peniaga.
Baru-baru ini, salah satu halaman Facebook yang memuat naik perihal dan peristiwa di Kelantan berkongsi rakaman perkembangan terkini penambahbaikan pasar tersebut. Menerusi rakaman perkongsian KelantanFA.com, dinding luar pasar berkenaan sudah diwarnakan dengan cat berwarna merah dan kelabu. Malah, persekitarannya turut kelihatan bersih dan lapang selain dihiasi kawasan hijau dan berbunga di bahagian sisi pasar tersebut.
Menurut pengendali halaman tersebut ketika ditanya SK, sebahagian kecil Pasar Besar Siti Khadijah sudahpun mula beroperasi. Namun, masih terdapat beberapa bahagian di dalam bangunan yang ditutup bagi meneruskan proses baik pulih.
Diharapkan dengan wajah baru ini, Pasar Besar Siti Khadijah kembali bersinar sebagai lokasi tumpuan pelancongan yang memberi keuntungan kepada rakyat.
https://www.facebook.com/reel/942348387925453
BACA: Masyarakat Bukan Islam Di Kelantan Seronok Berbuka Puasa Di Masjid
Sumber: KelantanFA.com, Bernama via Astro Awani