Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
anak 9 tahun
Kredit: TikTok @kakrae
Tiada Kategori

Sejuk Perut Mak Tengok Anak 9 Tahun Tolong Di Dapur Tanpa Disuruh

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sejuk Perut Mak Tengok Anak 9 Tahun Tolong Di Dapur Tanpa Disuruh

Dalam jiwa seorang ibu yang melahirkan, kegembiraan pasti terasa apabila menimang cahaya mata yang dikandung selama sembilan bulan. Melihat anak membesar dan perlahan-lahan mampu berdikari juga membuatkan jiwa ibu tersentuh.

Dalam memastikan anak membesar dengan baik, sudah tentu para ibu sentiasa membuka ruang dan peluang untuk anak bergaul dengan rakan seusia.

Namun begitu, kadang-kala terbit di hati keinginan melakukan aktiviti harian bersama anak. Bukan sebagai pembantu tetapi lebih kepada teman berbual dan teman “sepermainan” di samping mencipta kenangan bersama.

Para ibu sebenarnya tidak perlu bersusah-payah mengerah otak fikirkan aktiviti yang sesuai kerana sekecil-kecil aktiviti seperti memasak di dapur sudah memadai jika itu yang menjadi minat anak-anak.

Tanpa disuruh, tanpa diminta, itulah yang dilakukan oleh Adam Razeen, anak kepada salah seorang pengguna TikTok setelah pulang dari sekolah yang terus masuk ke dapur membantu ibunya.

“Tak menyempat buka baju sekolah terus pergi dapur tolong ibu defrost ikan dan kerang nak masak kejap lagi.

“Dulu selalu terdetik, bila anak semua lelaki, tak ada lah geng nak masak-masak. Tapi silap rupanya. Allah lebih mengetahui,” nukil wanita berkenaan menerusi muat naiknya di TikTok.

BACA: Nampak “Fresh”, Pasar Besar Siti Khadijah Kini Berwajah Baharu

Ketika ditanya SK, Raehana Roslan atau lebih selesa dipanggil Kak Rae berkongsi sedikit latar belakang mengenai anaknya yang berusia sembilan tahun itu.

“Anak saya ada tiga orang. Adam anak nombor dua, yang sulung anak istimewa berusia 10 tahun. Mungkin sebab itu, Adam terpaksa lebih matang dari usia,” kongsinya.

Katanya lagi, sejak berusia tujuh tahun, Adam sememangnya suka ‘mengintai’ dan membantu tatkala dirinya bertungkus-lumus di dapur.

“Dia suka layan saluran mukbang dan masak-masak di TV. Anak yang ringan tulang dan paling suka bantu urusan kerja rumah. Kalau rumah semak, dia akan bising suruh kemaskan,” tambahnya lagi.

Sebelum menamatkan perbualan, Kak Rae sempat menyampaikan pesanan kepada para ibu di luar sana.

“Jinakkan anak-anak ke dapur seawal usia dengan pantauan dan percaya kepada anak. Sebagai ibu, jangan berhenti berdoa. Penat itu biasa tetapi letakkan niat kerana Allah Taala. InsyaAllah Allah bantu semua.

“Anak-anak dah terlatih dengan selawat bila-bila masa di rumah. Salah satunya sebelum tengok TV perlu selawat dulu 10 kali, mengaji wajib setiap hari,” titipnya.

Selain itu, Kak Rae turut berkongsi amalan hariannya.

“Sebelum anak ke sekolah, saya akan bacakan di ubun-ubun kepala anak-anak (doa), Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, surah Ar-Rahman, doa nabi kepada Ibnu Abbas dan selawat. Di samping itu, saya bacakan juga surah Al-Insyirah di dada anak-anak.

“Saya juga akan solat Dhuha setiap pagi untuk kemudahan anak-anak yang bersekolah dan suami setiap hari,” ujarnya.

BACA: Berkejaran Balik, Gelagat Anak-Anak Bantu Bapa Ketika Pulang Dipuji Ramai

Sumber: TikTok @kakrae