Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
inflasi malaysia meningkat
Kredit: Bernama

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

Azizah Najib

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi Februari 2025 yang dikeluarkan hari ini, DOSM berkata peningkatan itu didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api Lain (2.3 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.5 peratus); kesihatan (1.0 peratus); pengangkutan (0.7 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.3 peratus).

Bagaimanapun, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan; pendidikan dan insurans dan perkhidmatan kewangan masing-masing merekodkan peningkatan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya iaitu 3.7 peratus, 1.9 peratus dan 1.5 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi maklumat dan komunikasi menurun kepada negatif 5.3 peratus pada Februari 2025, kadar yang sama direkodkan pada Januari 2025.

Penurunan ini disumbangkan oleh inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada negatif 5.9 peratus. Pakaian dan kasut kekal berada pada jajaran negatif iaitu negatif 0.2 peratus (Januari 2025:-0.3 peratus).

Sementara itu, inflasi restoran dan perkhidmatan penginapan (3.5 peratus), makanan dan minuman (2.5 peratus) dan minuman alkohol dan tembakau (0.9 peratus) mencatatkan peningkatan yang sama seperti bulan sebelumnya.

Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 2.5 peratus pada Februari 2025 (Januari 2025: 2.5 peratus).

Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus berbanding 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Kelas perbelanjaan Makanan sedia dimakan dan produk makanan lain tidak terkelas di tempat lain, 3.2 peratus (Januari 2025: 2.9 peratus) merupakan penyumbang utama kepada peningkatan subkumpulan ini.

Kenaikan harga santan segar dan santan segera masing-masing sebanyak 27.0 peratus dan 8.7 peratus pada Februari 2025 berbanding 21.9 peratus dan 3.8 peratus pada Januari 2025 turut menyumbang kepada kenaikan inflasi makanan di rumah.

Kenaikan harga kelapa di pasaran Malaysia sejak Oktober 2024 bukan sahaja disebabkan oleh faktor pengurangan bekalan kelapa tempatan, malah melibatkan kekurangan bekalan dari seluruh dunia berikutan musim melawas kelapa.

Sebanyak 650 tan metrik kelapa tua diimport oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk kegunaan masyarakat menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Sementara itu, inflasi kelas perbelanjaan sayur-sayuran mencatatkan penurunan pada kadar negatif 1.0 peratus pada Februari 2025 (Januari 2025: -1.1 peratus).

Harga sayur-sayuran yang merekodkan penurunan secara asas tahunan adalah tomato, negatif 16.5 peratus (Januari 2025: -11.3 peratus); bendi, negatif 7.4 peratus (Januari 2025: -1.1 peratus) dan kacang panjang, negatif 4.7 peratus (Januari 2025: -1.5 peratus).

Kelas perbelanjaan daging turut menurun sebanyak negatif 0.3 peratus pada Februari 2025 (Januari 2025: -1.0 peratus), disumbangkan oleh penurunan daging lembu tempatan, negatif 4.3 peratus (Januari 2025: -4.0 peratus) dan daging khinzir, negatif 0.3 peratus (Januari 2025: -0.7 peratus).

Bagaimanapun, daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar (32.6 peratus) dalam kelas perbelanjaan daging meningkat 1.9 peratus pada Februari 2025 (Januari 2025: -0.3 peratus). DOSM berkata purata harga ayam standard Malaysia pada Februari 2025 adalah RM10.52 sekilogram berbanding RM10.29 sekilogram pada bulan Februari 2024 (Januari 2025: RM10.40).

“Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Februari 2025 meningkat 0.4 peratus berbanding Januari 2025,” kata Mohd Uzir.

Berhubung dengan inflasi di peringkat negeri, empat negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Johor (2.1 peratus), Sarawak (1.9 peratus), Selangor (1.9 peratus), dan Melaka (1.6 peratus).

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.9 peratus) dan Filipina (2.1 peratus), namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (1.1 peratus), Indonesia (-0.1 peratus) dan China (-0.7 peratus).

BACA: Feri Percuma Pada 29-30 Mac Sempena Aidilfitri

Sumber: Bernama