Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pelajar kv keningau sisik
Kredit: Sirhajwan Sidek

Sisik Ikan Dijadikan Serunding, Pelajar KV Keningau Juarai Pertandingan Pengurusan Sisa

Azizah Najib

Sisik Ikan Dijadikan Serunding, Pelajar KV Keningau Juarai Pertandingan Pengurusan Sisa

Pelajar Tahun Akhir Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Danial Jauhari Sidar memenangi pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN. Pertandingan ini bertumpu kepada penggunaan semula bahan buangan.

Bagi menempah tiket kemenangan, Danial menghasilkan serunding yang diperbuat daripada sisik ikan. Dengan jumlah mata sebanyak 88.5%, Danial berkedudukan seri bersama seorang lagi pemenang yang mewakili Filipina, Maria Iorizel O. Tengco. Para pemenang membawa pulang hadiah bernilai USD50 (RM221.94).

Keputusan tersebut diumumkan menerusi media sosial Catalyst of Change (COC) ASEAN.

“Dengan terujanya, kami mengumumkan Danial Jauhari Bin Sidar dari Malaysia sebagai salah seorang pemenang pertandingan ini. Projek inovasinya yang menonjolkan penggunaan semula sisik ikan menjadi serunding menjadikan sisa masakan kepada produk makanan yang bernilai. Dalam masa yang sama, projek ini menggalakkan pengurusan sisa yang mampan.

“Inisiatif Danial merupakan salah satu contoh yang hebat tentang bagaimana kreativiti dan prinsip ekonomi kitaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mari raikan dan jadikan usaha luar biasa ini sebagai inspirasi,” umum organisasi itu.

Menerusi rakaman video yang dihantar untuk pertandingan tersebut, Danial menerangkan satu per satu berkenaan konsep serunding sisik ikan.

“Sisik ikan tidak hanya membuatkan sinki tersumbat dan merosakkan peralatan di bengkel, malah turut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika tidak diuruskan dengan baik.

“Bagi mengatasi isu ini kami hasilkan penyelesaian yang kreatif dengan menghasilkan serunding sisik ikan,” jelas Danial.

Dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuannya dalam penyediaan makanan, pelajar berkenaan menggunakan bahan-bahan tempatan iaitu tuhau, bunga kantan dan ikan bilis. Bagi menambah rasa masakan, Danial menggunakan lada sulah dan beberapa rempah-ratus lagi.

Serunding sisik ikan yang rangup ini disasarkan untuk dinikmati oleh semua golongan umur termasuk kanak-kanak.

Pernah menyertai beberapa pertandingan keusahawanan sebelum ini, Danial bercita-cita untuk menjadi usahawan sosial dengan mencipta resipi makanan daripada sisa proses penyediaan makanan.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang mengucapkan tahniah kerana telah berjaya memberi contoh yang baik kepada para pelajar agar gigih berusaha dalam mencipta inovasi. Ia tidak hanya membuka peluang baru tetapi turut menyelesaikan masalah tertentu.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA

Sumber: Catalyst of Change (COC) ASEAN