Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Nahas Kluang 3 Sekeluarga
Kredit: Zarul Zabidi/Bernama

Nahas Kluang: 3 Sekeluarga, Termasuk Kanak-Kanak Dua Tahun Antara Yang Maut

Azizah Najib

Nahas Kluang: 3 Sekeluarga, Termasuk Kanak-Kanak Dua Tahun Antara Yang Maut

Pasangan suami isteri termasuk anak mereka yang baru berusia dua tahun antara lima orang yang maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh yang mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

“Mangsa maut Honda Stepwagon Spada di lokasi ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun iaitu Mariam Nasaarudin.

“Pemandu dan penumpang hadapan Honda Stepwagon Spada yang juga ibu bapa kanak-kanak itu Nasaarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Lapan lagi yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital. Kesemua mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini dan hospital di Kulai,” ujarnya.

Susulan itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan pemandu lori yang terlibat kemalangan maut berkenaan.

Siasatan awal mendapati kemalangan yang melibatkan sebuah lori jenis Volvo, kereta jenis Toyota Camry, Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada itu berlaku apabila tayar hadapan lori pecah, mengakibatkan lori berkenaan hilang kawalan sebelum bergesel dengan Toyota Camry.

Akibat pergeseran itu, lori berkenaan telah terbabas dan menyeberang ke laluan bertentangan, seterusnya berlanggar dengan dua kenderaan iaitu Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.

Pelanggaran itu juga mengakibatkan Honda Stepwagon Spada berkenaan terbakar, namum semua mangsa dalam kenderaan sempat dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia dua tahun yang menaiki kenderaan tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala dua lagi mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian adalah pemandu dan penumpang Proton X50.

BACA: Risiko Perang, EU Gesa Rakyat Simpan Bekalan Untuk Bertahan 72 Jam

Sumber: Bernama