Siakap Keli
calon spm 2024
Kredit: Orang ramai

Air Mata Kesyukuran Mak Ayah Iringi Calon SPM 2024 Ambil Keputusan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Air Mata Kesyukuran Mak Ayah Iringi Calon SPM 2024 Ambil Keputusan

Hari ini menjadi detik bersejarah dalam hidup lebih 380,000 rakyat Malaysia yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2024.

Debaran yang bermula sejak semalam lagi berakhir apabila mereka boleh menyemak keputusan peperiksaan masing-masing bermula pukul 10 pagi tadi.

Menjengah perkongsian video warga maya di media sosial, titisan air mata dan sorakan gembira mengiringi calon-calon yang hadir ke sekolah bagi melihat sendiri keputusan SPM.

Ada yang hadir bersama kedua ibu bapa dan ada juga yang hadir ditemani seluruh ahli keluarga.

Dewan sekolah bergema dengan pelbagai ucapan dari para guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang turut sama meraikan hari yang penuh bermakna ini.

Menerusi rakaman perkongsian pihak pentadbiran sebuah sekolah di Seremban, Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad, sijil keputusan peperiksaan SPM disambut dengan titisan air mata calon yang terkesima.

Malah, titisan air mata ibu salah seorang calon turut terakam tatkala mereka melihat keputusan peperiksaan bersama.

“Air mata yang tumpah hari ini, adalah doa yang tak pernah putus semalam. Terima kasih mak. Kejayaan ini milikmu juga,” nukil pentadbir sekolah berkenaan.

@smkdatosheikhahmad

“Air mata yang tumpah hari ini… adalah doa yang tak pernah putus semalam. Terima kasih mak. Kejayaan ini milikmu juga. #SPM2025 #DoaIbu #BerjayaUntukMak #AnakMak ResultDay”#TahniahDSA #SPMFighter #AnakDidikHebat #fyp

♬ Do’aku – Haddad Alwi

Tidak hanya di dewan sekolah, ucapan tahniah turut bergema di segenap ruang rumah buat calon yang memeriksa keputusan SPM mereka secara dalam talian.

Bagi pengguna TikTok, Elyani, keputusan SPM anak gadisnya sememangnya sesuatu yang dia banggakan.

Sambil keputusan dibacakan oleh bapanya, gadis yang mengenakan tudung putih itu menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya.

Menurut Elyani ketika ditanya SK, mereka memutuskan untuk melihat keputusan terlebih dahulu di rumah.

“Tengok di rumah dulu, lepas tu baru pergi sekolah,” maklumnya.

Katanya lagi, titisan air mata anak gadisnya, Khairunnisa merupakan tangisan kegembiraan berikutan berjaya mencapai sasaran yang diletakkan.

“Masa percubaan, Matematik Tambahan kurang memuaskan. Jadi ambil tuisyen Matematik Tambahan selama dua bulan. Anak bangga dapat capai sasaran yang dia nak,” kongsi wanita berkenaan.

Menerusi temu bual, wanita berkenaan turut kongsikan rakaman saat Khairunnisa menerima sijil keputusan SPM daripada guru kelasnya di dewan sekolah.

Bukan hanya diiringi ibu dan bapa, malah rakan-rakan Khairunnisa turut berada di sampingnya, tersenyum riang sambil bersorak gembira.

@elyani.24

Tahniah kakk ..

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2024.

Sumber: Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad, Elyani Khai Legacy

BACA: Membanggakan, Keputusan SPM 2024 Terbaik Sejak 2013

BACA: Keputusan SPM 2024: 14,179 Calon SPM Peroleh Semua A

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.