Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
akaun tiktok fitnah rosmah
Gambar: BERNAMA

Pemilik Akaun TikTok Diarah Bayar RM100,000 Kepada Rosmah Kerana Fitnah

Iqbal Yasir

Pemilik Akaun TikTok Diarah Bayar RM100,000 Kepada Rosmah Kerana Fitnah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pemilik akaun TikTok untuk membayar ganti rugi berjumlah RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah yang difailkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati Rosmah, sebagai plaintif, berjaya membuktikan haknya untuk menerima ganti rugi akibat fitnah tertuduh, 35, yang dinamakan sebagai defendan.

“Mahkamah menetapkan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000 untuk ganti rugi am dan ganti rugi teruk. Mahkamah membuat keputusan untuk tidak membenarkan tuntutan ganti rugi teladan kerana tiada bukti kukuh dikemukakan kepada mahkamah bagi menyokong pemberian itu.

“Saya juga memerintahkan faedah sebanyak lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh,” katanya dalam penghakiman pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.

Hakim Ahmad Shahrir turut memerintahkan tertuduh untuk membayar kos RM20,000.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Shahrir berkata mahkamah mendapati tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadap Rosmah mengaitkan beliau dengan amalan ilmu hitam.

“Tuduhan ini merupakan serangan terhadap perwatakan beliau dalam aspek integriti agama dan kedudukan moral.

“Dalam konteks masyarakat yang amat mementingkan nilai keagamaan dan moral, tuduhan seperti ini membawa kesan serius dan berpotensi menjejaskan nama baik dengan ketara,” katanya.

Hakim Ahmad Shahrir berkata beliau mengambil kira trend kehakiman untuk bersikap sederhana dalam pemberian ganti rugi, menyifatkan ia sebagai pampasan dan bukannya bertujuan menghukum.

Hakim berkenaan berkata walaupun Rosmah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung projek hibrid solar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion dan kini sedang merayu di Mahkamah Rayuan, pentaksiran ganti rugi dalam tuntutan fitnah itu perlu dibuat tanpa merujuk kepada sabitan terbabit.

Beliau berkata sabitan Rosmah tidak boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan perwatakan buruk bagi tujuan mengurangkan jumlah ganti rugi.

Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Abu Bakar Isa Rahmat dan Mohamed Baharuden Mohamed Ariff mewakili Rosmah.

Pada 28 Mei tahun lepas, Rosmah, 73, memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap tertuduh selepas lelaki itu gagal menjawab saman terbabit dalam tempoh yang ditetapkan.

Rosmah, yang memfailkan saman itu pada 19 Sept 2023, mendakwa bahawa tertuduh memuat naik video ke akaun TikToknya pada 22 Mac 2023, yang mengandungi kenyataan fitnah dan palsu terhadap beliau.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, menggambarkan dirinya melakukan perbuatan berdosa, mengaitkan beliau dengan amalan melibatkan syaitan dan bomoh serta mendakwanya mengamalkan syirik.

Rosmah berkata kenyataan itu merosakkan reputasinya sebagai isteri Perdana Menteri keenam dan sebagai penaung pelbagai pertubuhan kebajikan di negara ini.

Sumber: BERNAMA