Utama

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Siapa kata buat kerja amal tak boleh jana untung? Baru-baru ini, penutup bagi Program Accelerator Social Enterprise Malaysia (SEAM) Kohort 1 telah membuktikan bahawa perusahaan sosial (SE) tempatan kita kini sudah berada di 'level' yang berbeza.
Bukan lagi sekadar bergantung kepada geran jangka pendek, 10 perusahaan sosial yang diraikan dalam SEAM Closing Summit 2026 kini tampil lebih mantap, profesional, dan paling penting siap sedia untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi.
Inisiatif Power Antara Biji-biji Initiative & IKEA Program selama 15 bulan ini merupakan kolaborasi mantap antara Biji-biji Initiative dan IKEA Social Entrepreneurship. Matlamat mereka jelas, nak pastikan usahawan sosial kita bukan sahaja bantu komuniti, tapi ada model perniagaan yang kukuh.
Dari Istana Negara ke Pasaran Global Antara yang mencuri tumpuan adalah The Asli Co., yang mana produk kraftangan mereka hasil sentuhan wanita B40 dan Orang Asli telah dipilih sendiri oleh Raja Permaisuri Agong sebagai cenderamata rasmi Istana Negara. Hebat kan?
Selain itu, terdapat tiga kategori utama yang menjadi fokus:
Peluang Kerja Inklusif: Membantu golongan OKU, pelarian, dan ibu tunggal (Contoh: Lemme Learn, Batik Boutique).
Ekonomi Kitaran & Sisa: Menukar sampah dan sisa makanan menjadi produk bernilai (Contoh: Upcycled, Saving Graze).
Pertanian Lestari: Fokus kepada sekuriti makanan dan bahan boleh diperbaharui (Contoh: Jiwa Asli Organik).
CEO Biji-biji Initiative, Juliana Adam berkata, perusahaan sosial bukan lagi entiti "tepi jalan", sebaliknya mereka adalah pemacu ekonomi yang mampu mencipta peluang pekerjaan sambil menjaga alam sekitar.
Untuk korporat yang mencari rakan kongsi ESG, inilah masanya. Kita harap lebih banyak syarikat luar sana buka mata dan sokong produk lokal yang ada impak luar biasa seperti ini.