Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

6 Tabiat Harian Yang Tanpa Sedar Merosakkan Gigi Anda
Gigi yang sihat bukan sekadar memberikan senyuman yang menawan malah menjadi asas kepada kesihatan mulut dan sistem penghadaman yang baik.
Namun begitu, ramai di antara kita tidak menyedari bahawa beberapa amalan harian yang kelihatan remeh sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan gigi dalam jangka masa panjang.
Tabiat-tabiat ini sering dilakukan secara tidak sengaja sama ada kerana sudah terbiasa atau kerana kita kurang faham akan akibatnya.
Malangnya, kerosakan gigi bukan berlaku dalam sekelip mata. Ia berlaku secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kita mula mengalami gigi sensitif, enamel yang haus atau lebih teruk gigi menjadi retak dan pecah.
Melalui perkongsian daripada laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), terdapat beberapa tabiat harian yang sering dianggap tidak berbahaya namun sebenarnya menjadi antara punca utama yang akan merosakkan gigi tanpa kita sedari.
Jika anda ingin mengekalkan kesihatan gigi yang baik hingga ke usia tua, kenali dan elakkan 6 tabiat harian berikut sebelum ia menjadi kebiasaan yang merosakkan.
Ramai orang gemar menggigit ais batu terutama selepas habis minuman sejuk. Ini kerana rasa rangup dan puas apabila mengunyah sesuatu yang keras.
Namun tindakan ini sebenarnya sangat berbahaya kepada struktur gigi. Ais batu bersifat sangat keras dan apabila dikunyah ia boleh menyebabkan tekanan yang melampau pada permukaan gigi.
Ini akan mengakibatkan keretakan mikro yang sukar dikesan.
Dalam jangka masa yang panjang, gigi boleh menjadi rapuh, retak atau pecah secara tiba-tiba tanpa disangka.
Walaupun tidak sakit serta-merta, kerosakan ini akan muncul perlahan-lahan dan boleh menjejaskan kekuatan gigi secara kekal. Lebih baik elakkan terus menggigit ais dan biarkan ia cair sendiri di dalam mulut jika perlu.
2. Menggosok gigi terlalu kuat
Ada yang beranggapan bahawa sekiranya kita lebih kuat memberus gigi lebih bersih hasilnya. Namun hakikatnya adalah sebaliknya.
Menggosok gigi dengan tekanan yang terlalu kuat bukan sahaja tidak membantu menghilangkan plak dengan lebih berkesan malah boleh menyebabkan kerosakan pada enamel iaitu lapisan pelindung luar gigi dan juga menyumbang kepada masalah gusi surut.
Enamel yang menipis akan menjadikan gigi mudah sensitif terhadap suhu dan makanan tertentu. Manakala gusi yang menurun boleh menyebabkan pendedahan akar gigi.
Gunakan berus gigi yang lembut (soft bristle) dan lakukan gerakan membulat yang ringan dan teratur. Ingat, teknik memberus lebih penting daripada kekuatan tekanan yang digunakan.
Selain itu, gigi kita dicipta untuk mengunyah makanan bukan untuk membuka penutup botol, koyak plastik, cabut stapler atau mematahkan barang keras.
Namun kerana terlalu biasa dan rasa mudah, ramai yang menjadikan gigi sebagai alat serbaguna. Tabiat seperti membuka pembungkus makanan atau menanggalkan tag pakaian dengan gigi mungkin nampak tidak membahayakan.
Namun hakikatnya ia meletakkan tekanan tidak sekata pada permukaan gigi dan boleh menyebabkan keretakan mikro.
Keretakan ini biasanya tidak kelihatan dari luar tetapi apabila semakin besar, ia boleh menyebabkan gigi tiba-tiba patah atau retak teruk. Sekali rosak, ia tidak boleh tumbuh semula. Gunakan gunting atau alat yang sepatutnya bukan gigi anda.
BACA : 7 Cara Untuk Cuci Kesan Kotoran Degil Pada Pakaian
4. Kerap makan snek masam atau asam
Di samping itu juga, makanan yang berasid seperti jeruk, asam, limau dan snek berperisa masam memang menggoda. Lebih-lebih lagi ketika bersantai atau menonton TV.
Namun, kandungan asid yang tinggi dalam makanan ini boleh melemahkan dan menghakis enamel gigi secara perlahan.
Apabila dimakan secara kerap, asid tersebut akan terus-menerus menyerang lapisan pelindung gigi dan menjadikannya lebih nipis dan sensitif.
Enamel yang sudah haus tidak boleh dipulihkan secara semula jadi dan jika dibiarkan gigi akan mudah rosak walaupun hanya kerana makanan yang biasa.
Sekiranya anda suka makanan berasid, pastikan anda minum air selepas itu dan elakkan menggosok gigi terus selepas makan.
Antara tabiat paling biasa tetapi yang paling merosakkan ialah tidak menggosok gigi sebelum tidur. Apabila kita tidur, penghasilan air liur yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi mulut akan berkurangan.
Ini menjadikan persekitaran mulut lebih ‘mesra’ kepada pembiakan bakteria.
Jika mulut tidak dibersihkan sebelum tidur, sisa makanan dan plak akan kekal semalaman dan memberi ruang kepada bakteria untuk menghasilkan asid yang menyerang gigi dan gusi.
Dalam jangka masa yang panjang, ini boleh menyebabkan kaviti, nafas berbau dan keradangan gusi. Gosok gigi sebelum tidur adalah satu langkah penting dalam rutin penjagaan mulut yang tidak boleh diabaikan.
Ramai juga yang beranggapan bahawa menggosok gigi sebaik sahaja selepas makan adalah cara terbaik untuk kekal bersih dan menjaga kesihatan mulut.
Malangnya, jika dilakukan terlalu awal selepas makan, tindakan ini boleh membahayakan. Keadaan akan menjadi lebih teruk terutamanya selepas pengambilan makanan atau minuman berasid seperti buah sitrus, kopi atau air bergas.
Ketika ini, permukaan enamel sedang berada dalam keadaan lemah akibat serangan asid dan terus menggosok gigi akan menghakisnya dengan lebih cepat.
Pakar menyarankan agar kita menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum menggosok gigi. Ini bagi memberi masa kepada asid dalam mulut untuk dinyahaktif secara semula jadi oleh air liur.
Sebagai kesimpulan, gigi bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses makan malah ia juga mempengaruhi keyakinan diri dan kesihatan secara keseluruhan.
Kerana itulah amat penting untuk kita kenal pasti dan hentikan tabiat harian yang nampak biasa tetapi dapat merosakkan gigi secara teruk.
Dengan kesedaran dan penjagaan yang konsisten anda boleh mengekalkan gigi yang kuat dan sihat sepanjang hayat.
Sumber : FB PHM
BACA : 8 Rahsia Kecilkan Pori Wajah Secara Konsisten & Berkesan