Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Serpihan Meteor Di Jawa Barat
Kredit: SonoraFM92

Ahli Astronomi Sahkan Serpihan Meteor Jatuh Di Jawa Barat

Athirah

Ahli Astronomi Sahkan Serpihan Meteor Jatuh Di Jawa Barat

Kemunculan bola api disertai dentuman kuat dilaporkan berlaku di Cirebon, Jawa Barat pada Ahad lalu, lapor portal Suara Surabaya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang (waktu tempatan) itu menggemparkan penduduk setempat, malah beberapa rakaman video insiden berkenaan tular di media sosial.

Ahli astronomi Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Profesor Thomas Djamaluddin berkata, hasil analisis menunjukkan objek bercahaya itu merupakan meteor bersaiz besar yang melintas di ruang udara Indonesia sebelum jatuh ke laut.

“Saya menyimpulkan itu adalah meteor cukup besar yang melintas,” katanya pada Isnin.

Thomas menjelaskan meteor tersebut telah dikesan jatuh di kawasan Laut Jawa selepas melintasi wilayah Kuningan dan Cirebon dari arah barat daya sekitar jam 6.35 hingga 6.39 petang (waktu tempatan) pada Ahad.

Menurut beliau, dentuman kuat yang didengar penduduk berpunca daripada gelombang kejut apabila meteor itu memasuki lapisan atmosfera yang lebih rendah.

“Ketika memasuki atmosfera yang lebih rendah, ia menimbulkan gelombang kejut berupa suara dentuman,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Suara Surabaya.

Serpihan meteor itu tidak mendatangkan bahaya

Bagaimanapun, Thomas menegaskan fenomena tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan bahaya kepada penduduk.

Fenomena langit itu dilaporkan dapat dilihat dengan jelas kira-kira jam 6.30 petang di beberapa kawasan di timur Cirebon, terutama di Lemahabang, apabila penduduk menyaksikan bola api meluncur pantas di langit sebelum hilang di kejauhan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) turut mengesahkan pihaknya mengesan getaran seismik signifikan kira-kira jam 6.39 petang melalui sensor berkod ACJM.

Suara Surabaya melaporkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut memaparkan objek bercahaya menyerupai bola api meluncur di langit sekitar pukul 6.35 petang.

Beberapa penduduk juga berkongsi pengalaman melihat bola api itu melintas cepat disertai bunyi dentuman kuat yang menggema di udara sebelum suasana kembali tenang.

Pada masa sama, terdapat laporan awal daripada penduduk yang mendakwa objek berkenaan jatuh berhampiran ruas Tol Ciperna pada malam kejadian.

Menurut penduduk tempatan, objek bercahaya itu diduga jatuh ke kawasan berhampiran lebuh raya tersebut sebelum menyebabkan kebakaran kecil di lokasi kejadian.

BACA: Dah Macam ‘Konvoi’, Gelagat Ratusan Ikan Dalam Kolam Undang Tawa Ramai

Sumber: Suara Surabaya