Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria Bukan Sekuel Biasa
Malam tadi, pawagam jadi sunyi tatkala filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2): Misi Satria bermula. Penonton terdiam, mata tertancap pada skrin sebaik sahaja babak pertama bermula. Bunyi, visual dan pengenalan watak seolah-olah menggambarkan ‘sesuatu yang besar bakal berlaku’. Permulaan kisah? Buat min terbayang tragedi Chernobyl. Serius, dari awal lagi filem ini dah ‘menggigit’, buat jantung berdegup kencang.
Seperti yang kita ketahui, animasi Ejen Ali berkisar tentang kehidupan seorang pelajar sekolah rendah yang menjadi ejen perisikan MATA. Bertemankan Ejen Alicia dan beberapa orang lagi, Ali sentiasa berjaya mematahkan serangan dan cubaan penjahat yang ingin menghancurkan Cyberaya.
Jujur. Segalanya dalam filem ini umpama mimpi yang dirancang teliti. Latar belakang tampak hidup malah, ada babak yang mengingatkan min pada game lama di PC, macam Counter Strike versi ultra HD. Fizikal setiap watak pula padan dengan peranan masing-masing. Tambahan pula, lakonan suara yang mantap turut menghidupkan watak walaupun ada beberapa watak sampingan yang nampak sedikit canggung dari segi visual. Mungkin pengarah ingin membawakan gaya animasi yang sedikit berbeza bagi sekumpulan watak ini.
Bahkan, pengarah juga berjaya menyelitkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri dalam satu-satu babak tanpa kelihatan canggung. Paling penting, tak rasa pening bila angle yang dimainkan kena dengan pergerakan watak dan babak, seakan tonton filem aksi sebenar.
Dari segi penceritaan pula, min cuma boleh katakan ada plot dalam plot, dalam lagi satu plot. Juicy, matang. Kemunculan plot twist tersusun cantik dan tak menyebabkan cerita rasa melompat dan berserabut. Penceritaan EATM2 ringkas, dan ada plot yang buat penonton dapat agak kejadian seterusnya, tetapi pengarah berjaya membuatkan penonton kekal menatap skrin, ingin tahu apa reaksi watak apabila menyedari perkara yang telah dijangka penonton.
Setiap penceritaan tak akan lengkap tanpa perkembangan watak, begitu juga EATM2. Namun, perkembangan watak Ali dengan perangainya yang menjengkelkan tidak begitu ketara dan tinggalkan kesan berbanding watak Alicia.
Dalam kesunyian ruang panggung malam tadi, ada satu babak yang membuatkan penonton bersorak kuat. Jujurnya, min sendiri tertanya-tanya sama ada sekumpulan ejen ini akan kembali beraksi atau tidak dalam filem sekuel ini memandangkan mereka pernah mendapat sambutan hangat ketika filem pertama Ejen Ali ditayangkan dahulu. Tak sangka pengarah turut mengambil kira perkara seperti ini.
Secara keseluruhan, susunan lagu latar dan kesan bunyi kena dengan mood ketika babak berlangsung. Jenaka pun disampaikan secara bersahaja tanpa dialog berlebihan.
Jujurnya, min tak sangka filem sekuel boleh jadi semantap ini. Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria buktikan yang filem ni boleh pergi jauh tanpa dibayangi filem pertama. Syabas pasukan produksi WAU Animation dan semua yang terlibat.
BACA: Selepas 14 Tahun, Filem Terbaru Final Destination Temui Penonton Mei Ini
BACA:Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman “Shooting” Filem Thunderbolts