Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Kerja 4 Hari Seminggu
Gambar: AI

Lebih 200 Syarikat Di UK Beralih Kerja 4 Hari Seminggu

Siti Nur Ain Natasya

Lebih 200 Syarikat Di UK Beralih Kerja 4 Hari Seminggu

LONDON, 27 Jan (Bernama-dpa) — Lebih 200 syarikat di United Kingdom (UK) telah membuat keputusan untuk beralih secara kekal bekerja empat hari seminggu tanpa sebarang pengurangan gaji, menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengubah corak pekerjaan rakyat British, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Syarikat tersebut meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma teknologi maklumat (IT) dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.

Pengarah kempen 4 Day Week Foundation, Joe Ryle berkata sistem kerja lima hari seminggu “dicipta 100 tahun lalu dan tidak lagi relevan.”

Sebaliknya, organisasinya memperjuangkan pelaksanaan empat hari bekerja dalam seminggu dengan gaji dan faedah yang sama seperti mereka yang bekerja lima daripada tujuh hari.

Beliau berkata, “Sebagaimana yang ditunjukkan oleh ratusan syarikat British dan sebuah majlis tempatan, bekerja empat hari seminggu tanpa pengurangan gaji boleh membawa manfaat kepada kedua-dua pekerja dan majikan.

“Dengan tambahan 50 peratus masa lapang, bekerja empat hari seminggu memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk hidup lebih bahagia dan bermakna.”

Perkembangan terkini ini mencerminkan populariti yang semakin meningkat terhadap corak kerja yang kurang membebankan, pada masa syarikat besar memaksa pekerja kembali bekerja sepenuh masa di pejabat.

Bank pelaburan Amerika Syarikat JP Morgan dan gergasi teknologi Amazon telah mengarahkan kakitangan mereka kembali ke pejabat setiap hari, walaupun sebelum ini membenarkan corak kerja hibrid selama lima tahun sejak pandemik COVID-19.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Asda dan Marks & Spencer, Lord Stuart Rose, turut mendakwa pada Januari bahawa kerja dari rumah bukanlah “kerja sebenar.”

BACA: Chatbot Sebenarnya.my Dilancarkan, Perangi Maklumat Palsu

Sebaliknya, kempen 4 Day Week Foundation bertujuan mengutamakan kesejahteraan pekerja berbanding jumlah jam bekerja.

Firma pemasaran dan perhubungan awam merangkumi 30 syarikat yang melaksanakan dasar ini, manakala badan amal, organisasi bukan kerajaan dan syarikat penjagaan sosial menyumbang 29 syarikat.

Selain itu, 24 syarikat dalam bidang teknologi, IT dan perisian serta 22 syarikat dalam sektor perniagaan, perundingan dan pengurusan turut menawarkan bekerja empat hari seminggu kepada pekerja mereka.

Satu tinjauan baharu oleh Spark Market Research mendapati 78 peratus golongan berusia antara 18 hingga 34 tahun percaya bekerja empat hari seminggu akan menjadi norma dalam tempoh lima tahun, manakala 65 peratus menyatakan mereka tidak mahu kembali kepada sistem kerja sepenuh masa di pejabat.

Pengarah Urusan Spark, Lynsey Carolan, berkata, “Golongan berusia 18 hingga 34 tahun, yang merupakan tenaga kerja teras dalam tempoh 50 tahun akan datang, dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk kembali kepada corak kerja lama.

“Kumpulan ini juga menyatakan bahawa kesihatan mental dan peningkatan kesejahteraan keseluruhan adalah keutamaan mereka, menjadikan bekerja empat hari seminggu sebagai manfaat yang sangat bermakna serta pemangkin utama kepada kualiti hidup mereka secara keseluruhan.”

BACA: Rapid KL On-Demand Perkenal Empat Laluan Baharu Mulai 1 Feb

BACA: Penjelasan Isu Status Halal Di Salah Satu Cawangan – MIXUE Malaysia

Sumber: Bernama