Terkini

Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu

SPM Kurang Cemerlang & Dipulaukan, Lelaki Kerja Keras Hingga Kini Jadi Jurutera Dengan Gaji Sekitar RM80k

Sofea

SPM Kurang Cemerlang & Dipulaukan, Lelaki Kerja Keras Hingga Kini Jadi Jurutera Dengan Gaji Sekitar RM80k

Kadang kala jalan yang kita tempuh di dunia ini penuh dengan ranjau dan onak duri. Sesetengah perkara juga berlaku bukan mengikut kehendak kita. Malah, kita mungkin merasakan masa depan sudah kelam dan tidak lagi bermakna.

Namun, semudah itu ke kita berputus asa? Bagaimana dengan fasa kejayaan yang patut kita jalani dan kecapi? Justeru, setiap ujian atau rintangan dalam hidup sepatutnya menjadi ‘batu loncatan’ untuk kita lebih kuat di masa hadapan. Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri.

Berbekalkan doa dan tawakal, Insha Allah segalanya akan dipermudahkan. Apa yang penting adalah usaha kita untuk mencapai kebaikan dan kejayaan dalam hidup.

Sama seperti yang dilakukan oleh Alif Hamdi yang tidak berputus asa untuk mengubah hidupnya walaupun pernah menghadapi episod kegagalan. Dia yang kini bekerja sebagai jurutera pemeriksaan bawah laut mendapat keputusan yang tidak cemerlang ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seperti yang diketahui, SPM menjadi salah satu ‘jalan’ untuk ke universiti dan seterusnya mencapai kejayaan dengan bidang yang telah dipilih. Oleh itu, keputusan yang tidak baik seakan menjadi satu penghalang untuk Alif merangka masa depannya.

Bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup walaupun tidak menggunakan keputusan SPM. Alif telah memutuskan untuk meneruskan pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Johor Bahru (JB) atau kini dikenali sebagai TVET MARA atas dorongan kedua ibu bapanya.

“Saya bermula dari keputusan yang kalau zaman saya tu apa boleh dibuat ialah bekerja. Tapi saya dapat dorongan kuat dari kedua ibu bapa saya untuk masuk ke IKM JB walaupun pada mulanya memang dah putus asa untuk belajar.

“Bayangkan budak sekolah yang penuh dengan masalah disiplin dan disuruh masuk belajar IKM,” katanya ketika dihubungi SK.

jurutera gaji rm80k

Meskipun merasa berat untuk menghadapi fasa yang baharu, Alif tetap meneruskannya dan belajar dalam bidang kimpalan.

“Masa tu kimpalan di IKM hanya ada sijil sahaja, ketika di IKM saya banyak belajar erti kehidupan sebenar, banyak baik buruk saya lalui di IKM,” katanya.

Alif berkata dia juga memilih untuk belajar di situ kerana yakin institusi tersebut dapat mengubahnya untuk lebih maju ke hadapan. Dalam masa yang sama, dia juga percaya bahawa IKM boleh menjadi medan untuknya mempelopori kerjaya teknikal.

Setelah menghabiskan pembelajaran di sana, Alif mengorak langkah dengan menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang teknologi kimpalan di UniKL Malaysia France Institute (MFI).

Selepas itu dia menyambung pelajaran ke peringkat diploma di UniKL MFI dalam bidang teknologi kimpalan. Bukan setakat itu, Alif juga menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di MFI.

Sembilan tahun masa dihabiskan untuk belajar mengenai kimpalan dan kejuruteraan, Alif mula bekerja mengikut kepakaran yang ada padanya. Berkongsi kepada SK, dia kini bertugas sebagai jurutera pemeriksaan bawah laut.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai commercial air diver ketika belajar di MFI sebagai pekerja separuh masa. Untuk gaji kami biasanya dibayar mengikut hari dan jumlahnya Insha Allah lumayan sebab risiko kerja yang berbahaya,” ujarnya.

Bukan sekadar mendapat gaji yang tinggi, Alif juga sudah menjelajah ke banyak negara demi memenuhi tuntutan kerja. Antaranya negara Belanda, Ireland, Republic of Congo, United Kingdom, Nigeria, Iraq, Iran, Oman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (Dubai dan Abu Dhabi) Australia, China dan banyak lagi.

Namun, di sebalik kejayaan ini, Alif juga masih mengingati bagaimana semuanya bermula ketika dia memasuki IKM. Segala kenangan menjadikannya lebih kuat untuk menghadapi rintangan di masa hadapan.

“Banyak kenangan manis belajar di sini, tak terungkap, semestinya zaman remaja tidak lari dari nakal dan degil.

“Tapi dari segi kebajikan dan akademik itu memang MARA titiberatkan,” jelasnya.

Jadi kisah Alif ini menjadi bukti bahawa keputusan yang tidak cemerlang bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup. Apa yang penting adalah kesanggupan seseorang untuk menempuh perkara baharu, berbekalkan semangat yang cekal.

jurutera gaji rm80k

Alif sendiri berkata ia adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri.

“Saya kerja keras untuk memastikan dengan keputusan kurang cemerlang saya mampu jadi seseorang.

“Perjalanan saya bukan mudah, dibenci, dicaci, dipulaukan, dipandang rendah dan sebagainya. Saya guna negatif vibe itu sebagai kunci untuk berjaya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga menggalakkan individu yang cemerlang dalam SPM untuk menyambung pengajian di TVET MARA bagi meninggikan lagi martabat institusi itu di mata dunia, selain dapat membantu mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk maju ke hadapan.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada anak muda terutama lepasan SPM untuk tidak berputus asa dan tetap mengejar impian melalui medium yang disediakan oleh TVET MARA. Untuk maklumat lanjut mengenai TVET MARA, layari laman web disini.