Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Kredit: AFP

Taufan Tropika Trami Ragut 46 Nyawa, 20 Lagi Hilang Di Filipina

Azizah Najib

Taufan Tropika Trami Ragut 46 Nyawa, 20 Lagi Hilang Di Filipina

MANILA, 25 Oktober (Bernama) — Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.

Dalam satu laporan, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam, Ariel Nepomuceno berkata sembilan wilayah di seluruh negara melaporkan kematian yang berkaitan dengan Trami.

BACA: MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Trami

Wilayah Bicol, yang terletak di tenggara Manila dan paling terjejas akibat taufan itu, mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 28 orang, diikuti wilayah Calabarzon dengan 15 orang.

Beberapa wilayah lain di tengah dan selatan Filipina juga melaporkan kematian yang berkaitan dengan Trami.

Trami, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, melintasi pulau utama Luzon, menyebabkan kemusnahan besar dengan banjir dan tanah runtuh yang dahsyat di Wilayah Bicol dan Calabarzon.

BACA: Pelajar Malaysia Di UK Disabit Kesalahan Bunuh Selepas Bayi Ditemukan Dalam Kotak Bijirin

Banjir kilat dan tanah runtuh melanda beberapa wilayah di Filipina pada Selasa ketika Trami membawa hujan lebat dan menyebabkan banyak kawasan terputus bekalan elektrik.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara memaklumkan bahawa ribut itu menjejaskan lebih 2.6 juta orang di sekurang-kurangnya 15 wilayah di seluruh negara Asia Tenggara itu.

Angka-angka ini, termasuk jumlah korban dijangka meningkat apabila polis dan agensi lain terus menilai kesan Trami apabila akses dibuka ke beberapa kampung terpencil.

BACA: Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

Sehingga Jumaat, agensi itu berkata 293 jalan dan 67 jambatan di seluruh negara masih tidak boleh dilalui. Bekalan elektrik juga belum pulih di beberapa kawasan.

Biro cuaca negara menyatakan Trami dikesan 255 kilometer di barat daya wilayah Ilocos Sur di utara Filipina pada pagi Jumaat. Ia bergerak ke arah barat barat laut dengan angin selaju 95 km sejam dan tiupan angin mencecah 151 km sejam.

Biro cuaca negara meramalkan Trami akan keluar dari Filipina pada petang atau Jumaat malam.

Purata 20 taufan melanda Filipina setiap tahun.

Sumber: Bernama