Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
salji & hujan lebat afghanistan
Kredit: AFP

Salji & Hujan Lebat Ragut 61 Nyawa Di Afghanistan

Aina Munirah

Salji & Hujan Lebat Ragut 61 Nyawa Di Afghanistan

Salji dan hujan lebat yang melanda Afghanistan dalam tempoh tiga hari lalu telah mengorbankan seramai 61 orang, lapor AFP.

Pegawai pengurusan bencana pada Sabtu berkata beberapa wilayah sekitar juga terjejas disebabkan jalan utama dan bekalan elektrik terputus.

Berdasarkan peta yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Afghanistan (ANDMA), kematian dilaporkan berlaku di wilayah tengah dan utara antara Rabu hingga Jumaat.

Menurut ANDMA lagi, angka awal turut melibatkan 110 yang cedera dan 458 buah rumah rosak sebahagian atau musnah sepenuhnya.

Selain itu, sebanyak 360 keluarga dilaporkan terjejas.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan sekiranya tidak perlu.

Kredit: AFP

"Kebanyakan kematian berpunca daripada runtuhan bumbung dan kejadian runtuhan salji (avalanche) dan sebahagiannya juga meninggal disebabkan kesejukan melampau dalam suhu paras bawah beku," ujar jurucakap ANDMA.

Di wilayah selatan Kandahar pula, seramai enam orang kanak-kanak dilaporkan maut selepas bumbung rumah mereka runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat pada Rabu lalu. Di daerah lain, beberapa rumah turut mengalami kerosakan.

"Lebuh raya Salang yang merupakan salah satu jalan utama di Afghanistan juga telah ditutup," lapor pihak berkuasa di daerah Parwan, utara Kabul.

Lebuh raya ini merupakan laluan penting yang menghubungkan Afghanistan dengan wilayah-wilayah di bahagian utara negara itu.

Kredit: AFP

Bekalan makanan juga turut diagihkan kepada pelancong yang terkandas di laluan pergunungan di wilayah Bamyam, di bahagian tengah negara itu.

Sementara itu, talian penghantaran elektrik yang mengimport bekalan kuasa dari Uzbekistan juga dilaporkan rosak pada Khamis, menyebabkan hampir 12 buah wilayah lain mengalami gangguan bekalan elektrik.

"Pasukan teknikal sudah bersedia, namun tidak dapat sampai ke kawasan terjejas berikutan lebuh raya Salang yang terhalang," kata jurucakap syarikat utiliti elektrik nasional Afghanistan, DABS. Mohammad Sadiq.

Hujan dan salji lebat turut memusnahkan kedai-kedai serta menyebabkan kematian beberapa ternakan di negara itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira separuh daripada lebih 40 juta penduduk Afghanistan akan memerlukan bantuan kemanusiaan pada tahun ini, ekoran penurunan bantuan asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber:AFP