Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia

‘UDA’ Serah Lebih 300 Buah Rumah Kepada Penduduk Tanjung Tokong

Amalia

GEORGETOWN, Pulau Pinang – Seramai lebih 300 penduduk penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A akan berpindah ke rumah baru mereka yang diberikan percuma oleh UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang mula dibangunkan pada 27 Oktober 2014 adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA dalam membangunkan bandar serta menyediakan penempatan semula bagi masyarakat Bumiputera di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Sejak 1972, UDA telah menggalas tanggungjawab melaksanakan pembangunan semula dengan membina sebanyak 8,023 unit secara berfasa. Dari jumlah tersebut, sebanyak 4,455 telah siap dibina manakala bakinya akan dibina dalam masa terdekat.

Menteri di MEDAC Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata proses pemindahan ini harus dilakukan dengan segera agar penduduk dapat mendiami kediaman yang lebih selesa dan selamat khususnya di waktu pandemik ini.

“Keadaan rumah yang didiami sekarang oleh penduduk yang terlibat pun sudah usang, maka sepatutnya mereka pindah ke rumah baru dengan kadar segera. Di dalam mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, juga meminta untuk dipercepatkan pemindahan ini pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan kebajikan rakyat diutamakan khususnya pada waktu mencabar ini,” kata beliau.

Dr. Wan Junaidi berkata, “Projek penempatan semula masyarakat sekitar Tanjung Tokong yang diterajui UDA sejak 1972 ini dilihat sebagai satu usaha yang membanggakan dalam membantu masyarakat khususnya golongan Bumiputera di Tanjung Tokong untuk memiliki kediaman lebih teratur dan selesa terutama sekali di tengah bandar Pulau Pinang di mana nilai hartanahnya sangat tinggi”.

“Harga hartanah di Pulau Pinang memang di luar kemampuan masyarakat Bumiputera. Syabas kepada UDA kerana usaha ini membolehkan mereka memperoleh hartanah di kawasan strategik. Secara kasar, harga pasaran seunit Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A ini bernilai sekitar RM400,000”.

Projek Pangsapuri Warisan Tanjung Fasa 4A yang dibangunkan oleh UDA Land (North) Sdn Bhd, anak syarikat UDA, menampilkan pangsapuri 3 bilik dengan dua jenis keluasan iaitu 850 dan 800 kaki persegi. Terdapat 5 buah blok pangsapuri 6 tingkat dengan jumlah keseluruhan 210 unit (850 kaki persegi) dan 5 buah blok pangsapuri 9 tingkat berjumlah 340 unit rumah (800 kaki persegi) di lokasi strategik dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya seperti pasaraya TESCO, pusat beli-belah, masjid dan sekolah. Pembangunan yang terletak di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang itu dibina atas tanah berkeluasan 8.0 ekar menelan belanja sebanyak RM84 juta.

Yang Berhormat Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi UDA pula berkata, “UDA dalam proses penyerahan kunci rumah baru kepada penduduk Tanjung Tokong Fasa 4A yang terbabit. Inisiatif ini dilihat bertepatan pada waktu pandemik Covid-19 dalam membantu penduduk terlibat mendiami rumah yang lebih kondusif dan selesa”.

“Sebelum menerima kediaman tetap ini, penduduk mendiami penempatan sementara rumah panjang yang disediakan oleh UDA. Kawasan tersebut lebih padat berbanding rumah baru pangsapuri ini, jadi pihak kerajaan berharap usaha ini dapat meringankan beban mereka dalam mendepani waktu mencabar ini. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengekang penularan Covid-19 dan membantu negara menangani kes yang meningkat saban hari’’.

Projek yang menjadi kebanggaan UDA di wilayah utara ini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang berteraskan iltizam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan serta menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat menuju 2030. Ia juga selari dengan teras perniagaan UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari.