Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
wanita hamil gaza
Kredit: EPA

Wanita Hamil Di Gaza Hadapi Peningkatan Kes Keguguran Akibat Tekanan, Kekurangan Makanan – Laporan

Nurhanis

Wanita Hamil Di Gaza Hadapi Peningkatan Kes Keguguran Akibat Tekanan, Kekurangan Makanan – Laporan

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Keguguran semakin meningkat dalam kalangan wanita hamil di Gaza disebabkan oleh tekanan dan kekurangan makanan, kata ActionAid International.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa itu, doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.

Ia menyebut bahawa kakitangan di Hospital Al-Awda di Nuseirat, berkata wanita hamil semakin kerap datang ke hospital kerana pendarahan yang banyak dan komplikasi lain.

“Kekurangan makanan dan tekanan akibat bahaya serta perpindahan secara paksa yang berterusan memberi kesan besar kepada wanita hamil,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Obstetrik dan Ginekologi hospital tersebut, Dr. Raed Al Saudi, berkata mereka kini menyambut kelahiran antara 40 hingga 50 bayi setiap hari, walaupun hanya mempunyai 35 katil.

“Keguguran boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya adalah keletihan wanita hamil akibat perpindahan secara paksa… Malnutrisi adalah antara punca utama.

Sementara itu, Ketua Jabatan ‘Inpatient and Maternity’ Hospital Al-Awda, Dr Yasmine berkata, kakitangan perubatan melihat banyak kes wanita kehilangan bayi mereka yang belum lahir.

BACA: Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan, Dua Dilaporkan Maut

“Ada kalanya terdapat kes pendarahan dan kelahiran pramatang atau keguguran. Ada kemungkinan kes pendarahan selepas bersalin adalah akibat kekurangan sat makanan atau kes anemia.

“Pengeboman menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari rumah ke rumah untuk mengelakkan pengeboman dan kematian. Dengan faktor-faktor ini, mungkin wanita boleh mengalami pendarahan langsung atau mengalami tekanan darah tinggi. Ini boleh menyebabkan pemisahan sepenuhnya janin dan keguguran. Kami berurusan dengan banyak kes dalam situasi ini.

“Terdapat ramai wanita yang kehilangan (bayi dalam kandungan) akibat pendedahan langsung kepada pengeboman. Seorang wanita hamil dan mengalami kecederaan. Pada hari kedua atau pada hari yang sama, dia mengalami pendarahan. Dia dibawa ke Jabatan Pembedahan. Perkara ini banyak berlaku di sini,” katanya.

Dr Yasmine berkata kekurangan makanan yang mencukupi – 95 peratus wanita hamil dan menyusu di Gaza menghadapi ‘kemiskinan makanan’ yang teruk.

“Kebanyakan kanak-kanak (dilahirkan) dengan berat badan lahir rendah. Kami merujuk ramai kanak-kanak ke Hospital Al-Aqsa Martyrs kerana mereka mengalami kekurangan oksigen atau kesukaran bernafas atau keradangan akibat kekurangan kebersihan atau penyebaran penyakit.

“Pada masa yang sama, wanita itu disebabkan kekurangan zat makanan mengalami anemia. Jadi, dia tidak boleh bersalin atau menanggung tekanan bersalin, kerana dia letih dan lemah,” katanya.

Sementara itu, Penyelarasan Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestine, Riham Jafari, berkata wanita hamil di Gaza bukan sahaja mengalami tekanan dan trauma yang berterusan kerana hidup dalam zon perang, tetapi mereka juga hampir tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

“Sungguh menyayat hati tetapi tidak mengejutkan bahawa bilangan kes keguguran semakin meningkat, memandangkan keadaan mengerikan yang terpaksa ditanggung oleh wanita hamil di Gaza.

“Apa yang mereka, dan semua orang lain di Gaza, perlukan dengan segera adalah gencatan senjata secara kekal dan segera,” katanya.

Sumber: BERNAMA