Siakap Keli
Gambar : Google - bernamaradio

SPRM Beku Akaun Bank, Sita Aset Pemimpin Pas

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank serta menyita beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik beberapa pemimpin PAS berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tanpa memperincikan maklumat rampasan, sumber ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, SPRM ada menyita beberapa aset, “ katanya ringkas.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberi keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes itu.

Sebelum ini, beberapa individu  dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu antaranya Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.