Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Gambar Hiasan
India Tolak Tawaran Trump Jadi Orang Tengah Isu Kashmir

Edayu

CHANDIGARH (India), India pada Jumaat menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian dengan Pakistan berhubung isu Kashmir.

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar berkata kepada Setiausaha Negara AS Mike Pompeo, rundingan mengenai Kashmir hanya akan dilakukan dengan Pakistan dan hanya secara dua hala. Kedua-dua pemimpin itu bertemu pada Jumaat di luar Mesyuarat Menteri Persatuan Negara Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.

“Perkara itu telah disampaikan kepada Amerika @SecPompeo pagi ini dengan jelas bahawa sebarang perbincangan mengenai Kashmir, sekiranya perlu, akan hanya diadakan dengan Pakistan dan secara dua hala,” kata Jaishankar.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump memberitahu pemberita pada Khamis jika kedua-dua negara mahu AS bersedia membantu.

“Saya fikir mereka Khan dan Modi pemimpin yang hebat – maksud saya, mereka boleh bertahan dengan baik, tetapi andai mereka mahukan seseorang untuk campur tangan, saya akan bercakap dengan Pakistan,” katanya kepada stesen penyiar tempatan News18.

Menteri Luar Pakistan Shah Mehmood Qureshi pada Jumaat menggesa Washington menggunakan pengaruhnya ke atas mahkamah India untuk menyambung semula rundingan berkaitan pertikaian Kashmir yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Sejak sekian lama India menolak sebarang usaha campur tangan pihak luar untuk menyelesaikan konflik, sebaliknya Pakistan berulang kali meminta bantuan pihak antarabangsa.

Sementara itu, tawaran Trump disambut baik Pakistan, sekaligus mencetuskan kontroversi dengan India, yang mendakwa bahawa isu pemberontakan di negara majoriti Muslim Himalaya itu adalah urusan dalamannya.

Jammu dan Kashmir, rantau Himalaya yang majoritinya penduduk Islam, terbahagi dua masing-masing dikuasai India dan Pakistan.

Kedua-dua pihak menuntut untuk menguasai sepenuhnya dua wilayah berkenaan.

Sejak 1947, kedua-dua negara telah tiga kali berperang – pada 1948, 1965 dan 1971 – dua daripadanya untuk menguasai Kashmir.

Sumber: Bernama