Siakap Keli

“Dok Berkepit Dengan Mama, Baby Mama Demam”, Raja Permaisuri Bermanja Dengan Tengku Jihan Cuit Hati Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sangat rapat dengan anakanda-anakandanya.

Baginda dikurniakan empat orang putra dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi ciapan terbaru Twitter @cheminahsayang itu, Tuanku Permaisuri berkongsi telatah anakanda bongsunya iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah atau lebih dikenali sebagai Tengku jihan yang sedang demam.

“dok berkepit dgn mama …. baby mama demam !”

Telatah Tuanku Permaisuri bersama anakandanya itu mencuri perhatian netizen dan terhibur melihat telatah dua kerabat tersebut.

Anak bongsu ni dia punya aura masyallah lain macam kalau demam…

Kids always are kids, although they are grown…

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan akan kesembuhan Tengku Jihan agar cepat sembuh.

Get well soon Tengku Jihan….

 

Sumber: Twitter Cheminahsayang

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.