Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi

Perdana Menteri Dijangka Buat Pengumuman Selepas Taklimat Oleh KKM Esok

Aina

PUTRAJAYA, 9 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman esok mengenai langkah-langkah berikutnya bagi membendung penularan COVID-19, mungkin turut berkaitan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau akan memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai kes COVID-19 pagi esok sebelum pengumuman itu.

“Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai apa yang perlu dilakukan bagi mengawal COVID-19 dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat harian kepada media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan akan membuat pengumuman pada hari Jumaat sama ada tempoh PKP akan disambung atau sebaliknya.

Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan COVID-19, dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah 4,228 manakala jumlah kematian 67.

Dr Noor Hisham berkata beliau akan mengadakan mesyuarat di pejabat kementerian petang ini untuk melihat hasil pelbagai model kajian, dengan menggunakan semua data yang ada.

“Selain data yang kami (Kementerian Kesihatan) ada, kami juga mendapatkan beberapa agensi yang berkaitan, contohnya kami turut jemput Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan beberapa perangkawan,” tambahnya.

Dr Noor Hisham berkata semua mereka akan berbincang, memeriksa data dan melihat unjuran serta trajektori jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh kira-kira seminggu.

“Dengan melihat data-data ini, kita akan buat ramalan sama ada jumlah kes akan melonjak atau sebaliknya, tapi jika dilihat kepada prestasi kita sehingga kini, jumlahnya nampak antara yang rendah, kita cuma ada 109 kes (kes positif baharu),” katanya.

Terdahulu JP Morgan menjangka kes COVID-19 di Malaysia akan memuncak pada pertengahan April.

Dr Noor Hisham berkata KKM kini menggunakan kaedah baharu iaitu mengikut mukim dalam menentukan klasifikasi kawasan COVID-19 yang lebih tepat.

Sumber: BERNAMA