Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Google
Gaduh Angkara Vape: Polis Tahan 16 Lelaki

Amira

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Polis menahan 16 lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular di media sosial, semalam.

Kesemua suspek, yang berumur lingkungan 13 hingga 25 tahun, ditahan bagi membantu siasatan polis dan kes itu dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik (vape).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan mendapati insiden itu berlaku apabila seorang daripada mereka berada dalam keadaan khayal sebelum pengsan selepas menghisap vape.

Beliau berkata ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan sekumpulan individu bertindak membelasah seorang lelaki yang dipercayai berlaku di depan sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan cuba melakukan samun di sebuah medan selera di Taman Lembah Maju di sini pada Jumaat lepas.

Suspek berusia 26 tahun itu merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak dalam satu kenyataan memaklumkan suspek cuba menyamun seorang lelaki yang juga pemegang kad UNCHR.

Beliau berkata suspek telah memeriksa beg pengadu namun mangsa yang berasa curiga bertindak melarikan diri ke arah polis yang berada di kawasan berdekatan.

Katanya suspek direman sehingga 2 April bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA