Siakap Keli
Gambar Hiasan: Bernama & KWSP

Netizen Persoal Ada Syarikat Potong Gaji Tapi Tak Masuk Akaun KWSP, Ini Balas KWSP

Sehingga ke hari ini, mungkin ada sesetengah individu (pekerja) yang mendakwa bahawa terdapat sesetengah syarikat melaksanakan pemotongan gaji tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Begitu juga dengan seorang pengguna Facebook menerusi ruangan komen di salah satu posting KWSP yang bertanyakan soalan mengenai bagaimana jika sesebuah syarikat potong gaji tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun KWSP.

Kredit: FB KWSP

KWSP menerusi ruangan komen itu ada menjawab mengenai pertanyaan tersebut.

Kredit: FB KWSP

Dalam kenyataan di ruangan komen tersebut KWSP memaklumkan bahawa mereka sentiasa membuat pemantauan akaun majikan secara bulanan.

Walau bagaimanapun kunci masuk maklumat pekerja yang sudah dicarum menerusi akaun i-Akaun yang dibuat oleh majikan dan pekerja adalah berbeza setiap bulan tertakluk kepada bilangan pekerja pada bulan itu.

Berikutan itu agak sukar bagi KWSP untuk mengenal pasti jumlah bilangan pekerja sebenar syarikat dan membuat pemantauan caruman bagi setiap pekerja di syarikat tersebut.

Tambah KWSP, hal ini lain pula jika pekerja terbabit terus melaporkan aduan ke KWSP sekiranya caruman bulanan mereka tidak teratur.

Dalam pada itu, KWSP turut memaklumkan cara untuk pemohon membuat aduan jika majikan gagal mencarum.

Pemohon boleh melengkapkan Borang KWSP 1879 dan lampirkan dokumen seperti berikut:

1. Surat tawaran bekerja
2. Slip-slip gaji yang menunjukkan potongan caruman KWSP
3. Sekeping salinan MyKad
4. Sebarang dokumen sokongan berkaitan yang boleh membuktikan pertalian di antara majikan dengan pekerja.

Sekiranya laporan dan dokumen sudah lengkap, barulah siasatan lanjut boleh diambil ke atas majikan mengikut Seksyen 37, Akta KWSP (1991).

Sumber: KWSP

Nadhirah