Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Gambar via Google

(Video) Kenapa Tak Banyak Negara Yang Gunakan Warna Ungu Pada Bendera? Ini Sebabnya

Aireena Marizan

Bentuk dan corak bendera negara-negara di dunia berbeza-beza. Ada bendera yang mempunyai warna merah, putih, biru, kuning dan sebagainya. Setiap warna pada bendera negara mempunyai makna dan kepentingan sendiri.

Tetapi, anda perasan tak, tiada warna ungu yang terdapat pada hampir semua bendera di dunia ini? Mengapa? Adakah warna ungu dianggap tidak menarik?

Warna ungu sangat mahal

Hal ini kerana, untuk menghasilkan warna ungu pada zaman dahulu memakan kos yang tinggi. Harganya juga adalah 3 kali ganda lebih mahal daripada harga emas. Sebab itulah, warna ungu sering dikaitkan dengan bangsawan.

Dalam video dari saluran After Skool, warna ungu pertama kali dicipta pada abad ke-19.

Pada abad ke 16, Ratu Elizabeth I telah melarang orang awam menggunakan warna ungu ini. Malah, peraturan itu juga diikuti oleh negara-negara lain sehinggakan ada yang menganggap bahawa warna ungu adalah khusus untuk para dewa mahupun Tuhan mereka.

Dihasilkan melalui siput

Pada waktu itu, warna ungu hanya boleh dihasilkan melalui sejenis siput yang berasal dari Laut Mediterranean, iaitu Bolinus Brandaris (Tyrian Purple) yang hanya boleh didapati di Tyre, Lebanon.

Untuk mengekstrak warna ungu, kena ada 10,000 siput untuk hasilkan 1 gram warna tersebut. Bayangkan kalau anda nak buat sehelai baju, berapa banyak siput anda perlu gunakan?

Ahli kimia William Henry Perkin

Pada tahun 1856, seorang ahli kimia, iaitu William Henry Perkin telah menghasilkan warna ungu secara tidak sengaja ketika beliau ingin menghasilkan ubat untuk penyakit malaria. Sejak itu, beliau mempatenkan kaedah itu dan membuka banyak kilang yang dikhususkan untuk menghasilkan warna ungu bagi orang ramai boleh menggunakannya.

Selepas itu, terdapat beberapa negara yang menggunakan warna ungu pada bendera mereka. Namun, kembali berubah ke warna lain selepas status atau simbolik bangsawan mula hilang kerana mudah didapati pada bendera negara lain.

Kini, hanya ada dua negara sahaja yang menggunakan warna ungu pada bendera mereka, iaitu Dominica dan Nicaragua.

Bendera Dominica

Gambar: Tribunnews

Menurut World Atlas, bendera Dominica semasa telah diterima pakai pada November 1978. Bendera mengalami perubahan kecil pada tahun 1981, 1998 dan 1990.

Bendera itu direka oleh Alwin Bully ketika negara Dominica sedang bersiap sedia untuk kemerdekaan mereka. Bendera Dominica terdiri daripada pangkalan hijau yang mewakili tumbuh-tumbuhan negara.

Warna hijau kemudiaannya dibahagikan kepada empat bahagian yang sama dengan tanda tambah yang mempunyai tiga lapisan jalur kuning, hitam dan putih. Tiga warna ini mewakili manusia, tanah dan air bersih.

Manakala tanda tambah atau salib adalah simbol agama dan Triniti. Di tengah-tengah salib adalah bulatan merah yang menunjukkan 10 bintang mengelilingi Burung Beo Sisserou. Burung nuri mempunyai bulu ungu di bahagian bawah dan juga pada mahkota.

Bendera Nicaragua

Gambar: Tribunnews

Bendera semasa Nicaragua telah diterima pakai pada tahun 1908 dan dirasmikan pada Ogos 1971. Reka bentuk bendera ini diilhamkan oleh bendera Republik Persekutuan Amerika Tengah. Bendera Nicaragua terdiri daripada jalur mendatar putih di antara dua jalur biru di bahagian atas dan bawah.

Dua garis biru mewakili Laut Caribbean dan Lautan Pasifik manakala warna putih adalah simbol keamanan. Selalunya warna biru ditafsirkan sebagai simbol kesetiaan dan keadilan.

Jalur putih dalam bendera mempunyai jata negara di tengah. Jata negara mempunyai pelangi dengan garis ungu sebagai salah satu warna pelangi. Pelangi ini adalah lambang kemerdekaan manakala terdapat simbol gunung berapi yang mewakili persaudaraan semua negara di Amerika Tengah.

Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: Tribunnews & TikTok