Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit BERNAMA
Pasang Niat Nak Jadi Wakil Rakyat? Ini Syarat, Keistimewaan & Deposit Kena Bayar Nak Jadi Ahli Parlimen & ADUN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Pasang Niat Nak Jadi Wakil Rakyat? Ini Syarat, Keistimewaan & Deposit Kena Bayar Nak Jadi Ahli Parlimen & ADUN

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Ini bermakna negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi.

Kita juga boleh menjangkakan parti-parti politik yang terlibat akan menamakan calon-calon Ahli Parlimen dan ADUN tidak lama lagi. Namun, siapakah yang layak menjadi wakil rakyat ini? Adakah sesiapa sahaja boleh tampil menawarkan diri untuk menggalas amanah besar dan tanggungjawab berat ini?

Adakah anda juga berminat nak menjadi calon wakil rakyat? Jika ya, ini adalah artikel yang tepat untuk anda. Kali ini, berdasarkan sumber yang diperoleh daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berikut adalah fakta-fakta penting mengenai Ahli Parlimen dan ADUN.

Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pemilihan dalam pilihan raya bahagian Parlimen.

Sama juga seperti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri. Anda mestilah dicalonkan dan kemudian memenangi kerusi dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

Syarat Kelayakan Menjadi Calon

Dalam syarat kelayakan menjadi calon terdapat dua bahagian iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri:

Pilihan Raya Dewan Rakyat

Mestilah warganegara Malaysia dan telah bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 dalam Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan nama calon. Anda juga mestilah berumur 18 tahun pada hari penamaan calon.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri

Syarat menjadi calon Dewan Undangan Negeri juga sama dengan calon Dewan Rakyat iaitu mestilah seorang warganegara Malaysia. Namun bagi umur, syarat menjadi calon Dewan Rakyat mestilah tidak kurang daripada 21 tahun atau 18 tahun berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan Atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.

Hilang Kelayakan Menjadi Calon

Seorang calon boleh hilang kelayakan jika didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal. Seseorang bankrap yang belum lepas dan seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”.

Selain itu, calon juga boleh hilang kelayakan sekiranya telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau teah menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan.

Seterusnya ialah seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM 2,000 dan belum mendapat pengampunan.

Yang terakhir ialah seseorang yang didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing selain Malaysia atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.

Deposit

Untuk menjadi calon wakil rakyat juga undang-undang telah menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya akan dikenakan wang deposit. Bagi Pilihan Raya Parlimen deposit dikenakan sebanyak RM 10,000, manakala bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sebanyak RM 5,000.

Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaan calon dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.

Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya

Selain bayaran deposit menjadi calon, deposit bahan berkempen juga harus dibuat oleh seseorang yang mahu menjadi calon.

Bayaran bagi Pilihan Raya Parlimen sebanyak RM 5,000 dan bayaran bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sebanyak RM 3,00.

Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen, maka calon tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan perkara tersebut. Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi

Keistimewaan akan diberikan kepada calon untuk melawat tempat-tempat seperti Tempat mengundi/mengira undi, pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.

Selain itu adalah pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos dan juga pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Jika anda melepasi syarat-syarat di atas makan anda layak memohon untuk menjadi calon wakil rakyat kawasan yang anda mahu.

Bagaimana dengan perkongsian ini? Sudah fikir mahu jadi calon atau tidak?

Setakat ini sahaja perkongsian pada hari ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi anda sedikit maklumat tambahan kepada pembaca.

Perkara paling penting dan utama dalam PRU15 nanti jadilah pengundi yang bijak, undi anda adalah rahsia.

Sumber: SPR