Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia

Hanya Guna Tiga Bahan, Kesan ‘Peta’ Semua Hilang, Cara Mudah Nak Cuci Bantal Berkarat Jadi Putih Semula

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Kesan ‘Peta’ Semua Hilang, Akak Ni Kongsi Helah Mudah Nak Cuci Bantal Berkarat Jadi Putih Semula

Tahukah anda, bantal merupakan tempat dimana berkumpulnya minyak, kotoran peluh, debu, habuk dan juga kuman. Jika bantal dibiarkan terlalu lama tidak dicuci, sehingga berubah fizikal dan warna sarung asalnya, ia berisiko mendatangkan masalah kesihatan.

Barangkali, ia juga boleh menjadi punca banyaknya jerawat pada wajah. Yelah, waktu tidur kita suka menekup muka di atas bantal, jadi ada kemungkinan kuman-kuman dan kotoran ini melekat pada kulit wajah.

Namun, berapa ramaikah dalam kalangan kita semua yang sering membasuh bantalnya? Bukan sarung bantal, tetapi bantal itu sendiri. Kami pasti, boleh dibilang dengan jari kan? Lebih-lebih lagi kalau bantal yang diguna sudah ‘dilantik’ menjadi bantal busuk yang tidak boleh diusik.

Kalau nak basuh pun, kadangkala kita tidak tahu pula caranya. Jadi, kali ini kami nak berkongsi dengan anda bagaimana caranya untuk membasuh bantal masing-masing.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Anis (@_nismira), telah berkongsi tip kepada warganet mengenai cara-cara untuk membersihkan bantal kita. Terdapat dua cara untuk membersihkan bantal kita, bergantung pada jenis bantal yang hendak dibasuh.

Cara-cara mencuci bantal dengan menggunakan mesin basuh

Pertama sekali, kita perlu memeriksa keadaan cuaca sebelum memulakan proses membasuh bantal. Hal ini demikian kerana, bantal memliki lapisan tekstur yang tebal dan masa yang diambil agak panjang untuk memastikan ia kering sepenuhnya. Selain daripada melihat langit, sebaik-baiknya anda juga hendaklah melihat ramalan cuaca untuk hari tersebut.

Ini dapat memberikan jangkaan mengenai berapa lama cuaca cerah ini akan bertahan. Anda juga boleh pulang ke rumah pada waktu yang tepat, jika anda dapat membuat anggaran masa awan mulai mendung dengan tepat. Ramalan cuaca boleh dilhat menerusi Google Weather mahupun laman web METMalaysia.

Setelah memeriksa keadaan cuaca, anda perlu mengenal pasti jenis bantal yang hendak dicuci. Terdapat beberapa jenis bantal yang boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh dan ada juga sebaliknya. Benis bantal yang boleh dicuci menerusi mesin basuh adalah bantal polister dan bantal bulu angsa, manakala bantal jenis lateks dan kekabu tidak boleh dicuci menerusi kaedah yang sama.

Kredit: TikTok

Seterusnya, anda dikehendaki untuk memeriksa tag pada bantal anda untuk memastikan, jika bantal yang hendak dicuci itu memerlukan cara cucian khas atau boleh dibasuh dengan cara yang biasa.

Jika tiada sebarang masalah untuk membasuh bantal tersebut dengan menggunakan mesin basuh, anda boleh terus memasukkan bantal yang hendak dicuci tadi ke dalam mesin basuh.

Untuk cucian dengan menggunakan kaedah mesin basuh, anda perlu menetapkan mod cucian kepada cucian halus (Delicate). Jika mesin basuh anda boleh membasuh fabrik dengan menetapkan suhu air cucian tertentu, suhu air untuk membasuh bantal mestilah tidak melebihi 40 darjah Celcius. Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan detergen jenis cecair bagi memudahkan bahan pencuci meresap ke dalam bantal dan mempermudahkan proses cucian.

Kredit: TikTok

Bagaimana untuk mencuci bantal tanpa menggunakan mesin?

Tetapi, bagaimana pula dengan bantal yang yang tidak boleh dicuci dengan mesin? Ataupun, anda sudah menggunakan cucian mesin, tetapi corak ‘peta’ masih lagi ‘terukir’ pada bantal anda?

Jangan risau, Saudari Anis juga ada berkongsi video mengenai cara membasuh bantal dengan mengunakan kaedah cucian tangan.

Mula-mula, masukan bantal yang hendak dicuci ke dalam sebuah bekas seperti besen dan isikan belas berisi bantal anda dengan menggunakan air yang bersih. Apabila paras air sudah melebihi separuh daripada ketinggian bantal, masukkan serbuk soda bikarbonat dan borax ke dalam besen berisi air.

Kredit: TikTok

Kemudian, masukkan detergen kegemaran anda dan kocakkan air sehingga bantal berubah warna. Anda juga boleh menekan-nekan permukaan bantal tersebut untuk mempercepatkan proses cucian tersebut. Selepas berbuat demikian, warna air di dalam besen tadi telah berubah menjadi keruh.

Kredit: TikTok

Anda boleh membilas bantal anda dengan menggunakan air bersih. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan bantal tersebut, anda boleh mengulangi langkah-langkah di atas sehingga warna air di dalam besen menghasilkan warna yang seakan-akan jernih.

Setelah berpuas hati dengan tahap kebersihan bantal anda, anda boleh memerah dan jemur bantal tersebut sehingga kering.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kami tampilkan video TikTok tersebut untuk tontonan anda dibawah.

Akhir sekali, kita tidak dapat menafikan rasa nikmat apabila ditemani dengan bantal busuk semasa tidur, lagi-lagi usia bantal busuk tersebut hampir menyamai usia tuannya sendiri. Akan tetapi, kebersihan sangat dititikberatkan untuk memastikan anda sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif. Mungkin, tibalah masa anda untuk melepaskan hubungan istimewa anda dengan bantal busuk anda.

BACA: Dakwa Nak Jimat Minyak, Lelaki Nekad Kayuh Basikal Dari Singapura Ke Batu Pahat

Sumber: @_nismira via TikTok