Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
populasi dunia 8 bilion
Gambar: Roberto Lee Cortes via Pixabay

PBB Ramal Populasi Dunia Cecah 8 Bilion Manusia Pada 15 November Ini

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Populasi global dijangka akan mencecah angka 8 bilion pada 15 November 2022 dan India bakal memintas China sebagai negara yang memiliki penduduk teramai di dunia pada 2023.

Jangkaan berkenaan dipetik daripada laporan Prospek Populasi Dunia 2022 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersempena Hari Populasi Dunia, baru-baru ini.

“Sambutan Hari Populasi Dunia tahun ini jatuh pada tahun yang signifikan, dimana kita bakal meraikan kelahiran penduduk Bumi yang ke 8 bilion (populasi semasa).

“Disini kita akan meraikan kepelbagaian manusia, mengenali dasar kemanusiaan yang serupa dan meraikan kemajuan dunia perubatan yang berjaya memanjangkan jangka hayat manusia serta pada masa yang sama mengurangkan risiko kematian ketika kelahiran,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus memelihara Bumi yang menjadi kediaman manusia dan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang ada.

Menurut rekod, populasi global telah berkembang dalam kadar paling perlahan sejak 1950, dan ia memiliki nilai kurang daripada satu peratus pada 2020.

Unjuran terbaharu oleh PBB meramalkan bahawa populasi dunia boleh berkembang sekitar 8.5 bilion pada 2030 dan 9.7 bilion pada 2050. Ia diramalkan akan mencapai nilai tertingginya iaitu 10.4 bilion manusia pada 2080-an dan kekal pada tahap tersebut sehingga 2100.

Prospek Populasi Dunia 2022 juga mengatakan bahawa kadar kesuburan manusia mengalami kemerosotan untuk beberapa dekad yang lalu bagi beberapa negara. Kini, dua per tiga daripada populasi dunia tinggal dalam kawasan yang memiliki kadar kesuburan kurang 2.1 kelahiran bagi seorang wanita.

Populasi bagi 61 negara dijangka akan berkurangan sebanyak satu peratus atau lebih antara 2022 dan 2050 disebabkan tahap kesuburan yang rendah dan dalam beberapa kes, peningkatan kadar penghijrahan.

Selain itu, lebih separuh daripada peningkatan populasi dunia sehingga 2050 diramalkan akan tertumpu pada lapan buah negara iaitu iaitu Republik Demokratik Kongo, Mesir, Euthophia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina serta Republik Bersatu Tanzania.

Gambar hiasan | Kredit: PBB

Berdasarkan senarai negara di atas, negara-negara di Sub Sahara, Afrika dijangka akan menyumbang lebih daripada separuh peningkatan populasi dunia sehingga 2050.

Sumber: United Nation