Siakap Keli
Gambar: SPORTbible

Sidang Pembentangan Belanjawan Ghana ‘Pecah’, Ahli Parlimen Sindir Naib Presiden Guna Maguire

Sidang Pembentangan Belanjawan Ghana ‘Pecah’, Ahli Parlimen Sindir Naib Presiden Guna Maguire

Seorang ahli parlimen Ghana nekad menjadikan pemain pertahanan Manchester United sebagai rujukan dan menyamakannya dengan Naib Presiden negara tersebut dalam satu perdebatan di dewan parlimen baru-baru ini.

Isaac Adongo menggunakan Harry Maguire untuk menyindir Naib Presiden Ghana ketika perdebatan yang membabitkan belanjawan 2023.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Memetik Daily Mail, Adongo memulakan ucapannya dengan memuji pasukan kebangsaan negara itu atas kemenangan perlawanan bola sepak menentang Korea Selatan sebelum bertindak untuk menyamakan Naik Presiden Ghana dengan pemain kelab Manchester United (MU) itu.

Gambar: Daily Mail

Dalam perdebatan tersebut, Adango berkata bahawa Naib Presiden Ghana, Mahamudu Bawumia suka menjaringkan ‘gol sendiri’ dengan cara yang sama seperti Harry Maguire.

Adongo mengambil kesempatan menjadikan Maguire sebagai konteks untuk mengkritik dasar Bawumia, dengan mendakwa bahawa Bawumia ‘menyerang pemainnya sendiri dan memberikan bantuan kepada lawan’ sama seperti pemain bola sepak tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Jika anda peminat bola sepak, saya gembira dengan kemenangan Ghana, tetapi ada pemain di England bernama Maguire yang bermain untuk kelab MU. Dia pemain pertahanan,” kata Adongo kepada parlimen Ghana.

Adongo mengatakan bahawa Maguire dianggap sebagai pemain pertahanan terbaik di dunia kerana menerjah semua orang dan berusaha melakukan apa sahaja ketika bertahan.

“Kemudian, MU membelinya, dia menjadi ancaman terbesar di bahagian pertahanan apabila menerjah rakan sepasukan sendiri dan membuat hantaran gol kepada pemain lawan,” kata Adongo.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Meskipun pihak lawan gagal menjaringkan gol, Maguire akan menjaringkan gol untuk mereka.

Dia kemudiannya berkata kepada Tuan Speaker bahawa negara Ghana juga mempunyai Maguire sendiri.

“Tuan Speaker, mengapa kami memberi Maguire ini peluang untuk berada di tengah-tengah pertahanan kami? Dia ancaman besar untuk gol sendiri,” kata Adongo kepada Tuan Speaker.

Secara lebih nyatanya, Adongo mengatakan bahawa ‘Maguire ekonomi’ Ghana telah memusnahkan ekonomi negara itu.

“Maguire ekonomi kita sedang mengawal ekonomi negara dan memusnahkan kesemuanya,” kata ahli parlimen itu.

Isaac Adongo merupakan ahli parlimen yang bersekutu dengan parti pembangkang Kongres Nasional Demokratik, lapor Daily Mail.

Kesemua ahli politik mengadakan perdebatan dalam bahasa Inggeris kerana terdapat begitu banyak sub-bahasa dan dialek di dalam negara, setiap wilayah mempunyai bahasa ibundanya.

Sesi perdebatan tersebut lantas telah menjadi tular di media sosial dan di seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.