Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

95% Penonton Nikmati Rancangan Cina Menerusi Platform OTT Di Malaysia

Amira

Kepelbagaian Judul, Penambahbaikan yang berbaloi dengan nilai, Kesinambungan Sosial dan Iklan yang Relevan dijangka pacu peningkatan masa tontonan kandungan Cina di OTT untuk tempoh 12 bulan akan datang

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2023 – Platform OTT meraih capaian 95% penonton untuk rancangan Cina di Malaysia, 80% lebih tinggi berbanding jumlah yang dicapai oleh saluran TV tradisional, menurut tinjauan terkini Nielsen.

Kaji selidik yang dilakukan oleh peneraju platform penstriman Asia, iQIYI ke atas ‘Penonton Kandungan Cina di Malaysia’ mendapati, penstriman OTT bagi kandungan rancangan Cina lebih meluas berbanding cara tontonan rancangan Cina secara langsung di saluran TV tradisional.

Walaupun majoriti (76%) responden menonton kandungan Cina menerusi kedua-dua saluran iaitu OTT dan TV tradisional, namun satu daripada lima responden menonton kandungan Cina secara eksklusif menerusi platform OTT. Dengan fleksibiliti untuk menonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, separuh daripada responden menonton kandungan Cina melalui peranti mudah alih secara minimumnya beberapa kali seminggu, dengan 28% daripada responden menonton menerusi telefon mudah alih setiap hari.

iQIYI percaya terdapat juga sentimen positif yang semakin meningkat terhadap kandungan Cina daripada penonton yang bukan berbangsa Cina. Tinjauan itu menunjukkan, walaupun 49% daripada penonton kandungan Cina di Malaysia adalah berbangsa Cina, namun mereka yang berbangsa Melayu atau bumiputera juga telah menyamai angka terbabit, manakala bakinya adalah daripada bangsa lain.

Antara genre kandungan Cina yang tersedia, filem Cina (C-movies) dan drama bersiri Cina (C-dramas) menjadi kandungan paling popular dalam kalangan penonton Malaysia dengan masing-masing mencatat 79% dan 71%. Walaupun kurang popular, C-animation, menarik penonton yang lebih tinggi dalam kalangan penonton lelaki dan bapa muda.

“Kami telah perhatikan peningkatan dalam tontonan kandungan Cina dalam kalangan penonton, terutama mereka yang bukan berbahasa Cina. Penonton telah menjadi lebih terbuka dalam penggunaan bahasa untuk hiburan mereka dan OTT telah membolehkan mereka menikmati kandungan ini menerusi penggunaan sari kata.

Secara jelas, kami percaya kandungan Cina akan kekal dan dijangka terus menarik minat penonton dalam masa terdekat. Pendekatan iQIYI adalah akan sentiasa memberikan fokus untuk menghargai kandungan Asia yang asli dan berbeza. Kami akan terus berusaha untuk menawarkan hiburan premium Asia kepada penonton, selaras dengan komitmen kami untuk menjadi hab hiburan Asia yang digemari,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dalam kajian yang sama, 95% penonton Malaysia bagi kandungan hiburan Cina dilihat menghabiskan lebih banyak masa untuk menonton kandungan Cina pada masa hadapan berbanding sekarang. Ini menunjukkan minat berterusan untuk kandungan tersebut dalam kalangan penonton Malaysia. Faktor yang dijangka mendorong peningkatan dalam tontonan rancangan Cina OTT adalah kepelbagaian judul, kesinambungan sosial, penambahbaikan yang berbaloi dengan nilai dan iklan yang relevan.

Mengenai Kaji Selidik

Analitis Media Nielsen: Penonton Kandungan Cina di Malaysia, November 2022, Khalayak 18+ yang menonton sebarang kandungan hiburan Cina dalam tempoh satu bulan.

Tinjauan ini dilaksanakan menggunakan sampel 400 responden berusia 18 dan ke atas di Malaysia yang menonton mana-mana genre berikut: drama Cina, filem Cina, rancangan varieti berbahasa Cina dan animasi Cina dalam tempoh satu bulan.