Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
punca gempa bumi turkiye
Kredit: AFP

Lima Gempa Bumi Dahsyat Pernah Landa Bumi Turkiye

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Lima Gempa Bumi Dahsyat Pernah Landa Bumi Turkiye

Angka kematian dari bencana gempa bumi yang menggegar beberapa kawasan di Turkiye semalam dilapor telah pun melebihi 3,800 setakat ini.

Bencana yang berlaku selepas 4.00 pagi (waktu tempatan) dengan kekuatan 7.8 magnitud di tengah Turkiye itu turut dirasai hingga ke ibu negara, Angkara yang terletak kira-kira 460 km dari pusat gempa.

Selain itu, gempa yang sama turut mendatangkan kemusnahan kepada beberapa wilayah negara jiran, termasuk yang paling teruk di barat laut Syria. Lubnan dan Israel turut melaporkan gegaran gempa bumi yang sama turut dirasai di beberapa wilayahnya.

Difahamkan, gempa bumi tersebut mirip dengan insiden gempa bumi paling dahsyat yang pernah menggegar Turkiye pada 1939. Dalam bencana yang berlaku di timur laut negara tersebut, sekurang-kurangnya 30,000 nyawa terkorban.

sejarah gempa bumi turkiye
Kredit: AFP

Apakah punca bencana gempa bumi di Turkiye?

Turkiye merupakan salah satu negara yang paling terdedah kepada bencana gempa bumi di dunia kerana kedudukannya yang terletak di Plat Anatolia.

Plat tersebut bersempadan dengan dua sesar utama apabila ia beralih ke timur laut bertentangan dengan Eurasia. Sesar Anatolia Utara merentasi negara tersebut dari barat ke timur, manakala sesar Anatolia Timur pula merentasi wilayah tenggara negara itu.

Pertemuan kedua-dua sesar ini menjadi faktor penting mengapa banyak kejadian gempa bumi berlaku di negara itu, yang dilihat dalam tempoh 60 tahun ini.

Sejarah Gempa bumi di Turkiye

Selain gempa bumi yang berlaku pada pagi Isnin lepas, Turkiye juga pernah dilanda beberapa gempa bumi dahsyat dalam tempoh beberapa dekad ini. Berikut adalah beberapa kejadian gempa bumi yang meragut angka korban besar yang pernah melanda negara tersebut.

1. Oktober 2011

Kawasan Van (berdekatan dengan sempadan Iran) telah terkesan teruk akibat bencana gempa bumi yang berlaku selama beberapa dekad. Dua gempa bumi pada Oktober dan November 2011 telah menyebabkan kehilangan lebih dari 900 nyawa.

2. Ogos 1999

Sebuah gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud telah melanda bahagian barat di bandar Izmit dan meragut lebih 17,000 nyawa

Bencana gempa bumi yang pada 1999 itu merupakan sebahagian daripada turutan sepanjang Sesar Anatolia Utara yang bermula pada tahun 1939, menyebabkan gempa bumi besar yang bergerak secara progresif dari timur ke barat dalam tempoh 60 tahun.

3. November 1976

Gempa bumi Çaldıran–Muradiye yang berlaku pada November 1976 memiliki pusat gegaran berdekatan Calidiran, 20km dari timur laut Muradiye di wilayah Van pada timur Turkiye. Gempa bumi dengan magnitud 7.3 telah mencatatkan jumlah korban dalam lingkungan 4,000 sehingga 5,000 kematian.

4. Disember 1939

Bencana ini berlaku pada 27Disember 1939 dengan kekuatan 8.2 magnitud. Ia merupakan gempa bumi paling kuat yang pernah melanda negara tersebut dalam sejarahnya.

Sebanyak 30,000 nyawa tewas dalam bencana dahsyat tersebut.

BACA: Gempa Bumi Di Turkiye, Syria: Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Anjur Solat Hajat, Doa Selamat Hari Ini

Sumber: AS