Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ringgit rendah dolar kekurangan pemangkin
Kredit: Bernama

Ringgit Ditutup Rendah Petang Tadi, RM 4.41 Berbanding Dolar

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding US Dolar Kerana Kekurangan Pemangkin

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS disebabkan kekurangan pemangkin baharu, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) semalaman menyusut sebanyak 0.20 peratus, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4185/4225 berbanding dolar AS daripada kadar penutu, 4.4155/4210 yang dicatatkan pada Rabu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan prestasi pasaran ekuiti, risiko masih kelihatan agak ketara walaupun kebimbangan terhadap sektor perbankan Amerika Syarikat semakin berkurangan.

“Ringgit kini bergerak sedikit di atas paras sokongan RM4.4099, dan tidak lagi berada dalam kedudukan terlebih jual. Ini menandakan ia memerlukan pemangkin yang lebih kukuh untuk terus meningkat,” beliau memberitahu Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nilai nata wang tempatan menurun berbanding pound Britain kepada 5.4533/4582 daripada 5.4531/4599 pada penutupan Rabu, menurun berbanding euro kepada 4.7985/8028 daripada 4.7943/8003.

Walau bagaimanapun, ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3282/3315 daripada 3.3524/3569 semalam.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3279, merudum berbanding peso Filipina pada 8.12/8.143 daripada 8.11/8.12 dan menurun berbanding rupiah Indonesia pada 293.60/294.00 daripada 293.20/293.70 semalam.

Sungguhpun begitu, ringgit Malaysia lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.870/9147 daripada 12.9267/9485.

BACA: Pemegang Unit ASB 2 & ASM Terima Jumlah Agihan Pendapatan Sebanyak RM1.64 Bilion – PNB

Sumber: Bernama