Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Bunuh wanita warga emas
Kredit BERNAMA

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

Syed Faisal Sayed Muhammad

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

PORT DICKSON, 30 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata lelaki tersebut ditahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu pada 16 Mei, kira-kira 12.05 tengah malam.

Beliau berkata susulan itu, kertas siasatan ‘mati mengejut’ berkaitan wanita berusia 67 tahun itu telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit. Motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan turut dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Aidi Sham berkata lelaki itu dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson esok.

Polis sebelum ini melaporkan menerima maklumat seorang wanita ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang di sini pada 9 Mei. Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan kematian tersebut pada 1.30 petang dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat.

Sumber: BERNAMA