Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
rusia pengecualian visa
Gambar: Bernama

Rusia Tawar Pengecualian Visa Kepada Pelawat Malaysia 

Iqbal Yasir

Rusia Tawar Pengecualian Visa Kepada Pelawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin.

Beliau berkata perjanjian antara kerajaan yang berkaitan sedang diusahakan oleh kedua-dua negara.

Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk memudahkan akses pelancong Malaysia ke Rusia berikutan peningkatan minat rakyat Malaysia melancong ke negara itu.

“Kementerian luar kedua-dua negara sedang membincangkan draf perjanjian antara kerajaan mengenai rejim pengecualian visa dan kami percaya mungkin tahun depan, kami dapat menandatanganinya di peringkat kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis Jerayawara Jawatankuasa Pelancongan Bandar Moscow 2023 di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman

Zimin menegaskan bahawa kedua-dua negara juga bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja khusus mengenai Pelancongan semasa sesi kedua Suruhanjaya Bersama Rusia-Malaysia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata pelancongan ditonjolkan sebagai satu daripada 11 sektor utama untuk kerjasama dua hala dalam minit perjanjian bersama.

BACA JUGA: Pusat Beli-belah Baharu, The Exchange TRX Mall Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

“Kami berharap mereka boleh menjadi tuan rumah mesyuarat pertama kumpulan kerja mengenai pelancongan pada tahun 2024. Ini adalah tanda kepentingan bersama untuk kerjasama dalam sektor pelancongan, selain bukti potensi sektor pelancongan sebagai penggerak bagi hubungan ekonomi dua hala dan untuk pertumbuhan dalam interaksi antara rakyat,” katanya.

Zimin berkata lebih 100,000 pelancong Rusia dijangka melawat Malaysia menjelang akhir tahun ini, dengan Rusia menduduki tempat ke-16 dalam kalangan pelawat asing Malaysia.

Sementara itu, Roslan berkata Malaysia menerima kira-kira 79,000 pelancong Rusia pada 2019, tetapi jumlah itu menurun dengan ketara pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.

Pada 2022, beliau berkata Malaysia mencatatkan kira-kira 33,000 ketibaan pelancong dari Rusia, manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 85,000 orang.

“Hubungan pelancongan yang semakin meningkat antara Malaysia dan Rusia menekankan hubungan dua hala yang teguh yang wujud antara kedua-dua negara. Pelancongan juga berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan manusia, memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap budaya masing-masing,” katanya.

Jerayawara itu membawa delegasi syarikat pelancongan dari Moscow ke Malaysia sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk memperkenalkan agensi pelancongan tempatan dengan kelebihan daya saing di ibu negara Rusia dalam menarik pelancong asing.

Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerja dan menjalin perkongsian baharu antara mereka.

Dalam separuh pertama tahun ini, lebih 10.3 juta pelancong melawat ibu negara Rusia untuk meneroka seni bina yang luar biasa, pameran muzium yang jarang ditemui, makanan lazat dan sejumlah besar tempat untuk rekreasi keluarga.

Sumber: BERNAMA