Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
kes Lelaki Israel Miliki Senjata
Gambar: Sinar Harian

Bicara Kes Lelaki Israel Miliki Senjata, Peluru Bermula 30 Sept

Iqbal Yasir

Bicara Kes Lelaki Israel Miliki Senjata, Peluru Bermula 30 Sept

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini menetapkan sembilan hari bermula 30 Sept ini untuk perbicaraan seorang lelaki warga Israel yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru di sebuah bilik hotel di sini Mac lepas.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam agar kedua-dua pertuduhan dihadapi tertuduh, 38, dibicarakan bersama mengikut Seksyen 165(1) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan ia melibatkan tertuduh sama dan insiden yang serupa.

“Mahkamah membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dan menetapkan 30 Sept, 1 hingga 3 Okt dan 7 hingga 11 Okt sebagai tarikh perbicaraan, serta 28 Jun ini ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya,” kata Norina pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim dan Fazeedah Faik.

Peguam Navinjit Singh yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Ketika ditanya Norina, Mohamad Mustaffa memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil sebanyak 20 saksi termasuk pegawai rampasan dan pernyataan saksi akan disediakan.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan pindaan yang dibacakan semula terhadapnya.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan tambahan kepada jumlah peluru iaitu daripada 158 kepada 200 peluru sementara pertuduhan kedua, perubahan membabitkan nombor siri pistol jenis Glock dan Stoeger Cougar.

Sementara itu, Navinjit turut membangkitkan isu nama tertuduh pada kertas pertuduhan dan mendakwa nama anak guamnya dalam pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia.

BACA: Apa Nak Buat Kalau Brek Kereta Tiba-Tiba Rosak? Ini Caranya

“Mohon pindaan terhadap nama tertuduh dalam kertas pertuduhan memandangkan bidang kuasa di negara ini menggunakan kaedah nama diberi disebut dahulu dan nama keluarga disebut kemudian. Tertuduh boleh jadi orang lain,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Mohamad Mustaffa berkata pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meminda nama tertuduh di kertas pertuduhan pada tahap ini atas alasan ia hanya membabitkan gaya penamaan.

Norina berkata mahkamah mengambil maklum bantahan yang dibangkitkan pihak pembelaan dan mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan mengenai perkara itu pada akhir perbicaraan kes.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19 (Nombor Siri AEGS286); Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463); Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496); Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090); M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac.

Sumber: BERNAMA