Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Kanser paru-paru
Gambar Hiasan

Kanser Paru-Paru: Saringan Bersasar Digalakkan, Kesan Penyakit Lebih Awal

Hannah

Kanser Paru-Paru: Saringan Bersasar Digalakkan, Kesan Penyakit Lebih Awal

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) — Banyak kes kanser paru-paru direkodkan dalam kalangan bukan perokok berpunca daripada pendedahan kepada asap rokok terpakai (SHS), sedutan asap rokok terpakai ketiga (THS) atau pencemaran udara.

Pakar Perunding Pembedahan Kardiotoraks Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Anand Sachithanandan berkata justeru, saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.

Beliau berkata kanser paru-paru kini bukan lagi penyakit bagi perokok lelaki sahaja kerana kebanyakan kes baharu kini turut melibatkan bukan perokok dalam kalangan wanita.

“Selain daripada kanser paru-paru, SHS dan THS juga menyumbang kepada masalah pernafasan yang lain termasuk serangan asma, bronkitis dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) kerana asap rokok ini berupaya menjejaskan keanjalan tisu paru-paru dan menyebabkan radang pada laluan pernafasan.

“Dalam pada itu, merokok juga terbukti menjadi faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular seperti penyakit arteri koronari (CAD) dan angin ahmar, melemahkan sistem imun tubuh dan menyebabkan penuaan pramatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Anand yang juga Pengerusi Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) berkata kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang lebih terdedah kepada bahaya SHS dan THS memandangkan sistem imunisasi tubuh yang masih belum kukuh sepenuhnya.

“Pendedahan kepada SHS dan THS di rumah dan tempat awam seperti kedai makan atau tempat kerja, terutama sekali dalam kenderaan berupaya meningkatkan kebarangkalian menghidap penyakit pernafasan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata menurut Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) sebanyak 77.6 peratus rakyat Malaysia yang menjalani kaji selidik melaporkan mereka terdedah kepada asap rokok terpakai di tempat makan.

BACA: Pejabat LHDN Kuala Lumpur Kini Beroperasi Di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim

Sementara itu, Dr Anand berkata ujian saringan yang terbaik adalah melalui imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) yang boleh didapati secara meluas di seluruh negara. Buat masa sekarang sasaran individu menjalani ujian saringan adalah mereka yang tergolong dalam kalangan perokok dan bekas perokok pada peringkat umur tertentu.

LDCT merupakan imbasan imej beresolusi tinggi tanpa kontra yang hanya memerlukan pernafasan tunggal dan tanpa suntikan jarum, ujian darah atau berpuasa.

Dr Anand berkata individu yang mempunyai latar belakang penyakit kanser paru-paru dalam sejarah keluarga juga perlu mempertimbangkan untuk membuat pemeriksaan walaupun tidak merokok.

“Setakat ini, kami meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) sinaran-X pada imbasan dada sebagai prasaringan LDCT memandangkan kaedah ini lebih jimat dan mudah didapati.

“Hal ini masih dalam penyelidikan klinikal, begitu juga dengan usaha membangunkan potensi ujian darah sebagai penanda bio untuk meningkatkan hasil pengesanan kanser paru-paru sewaktu ujian saringan,” katanya menambah pemeriksaan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok masih menjadi cabaran yang perlu diatasi.

Beliau berkata orang awam juga boleh memainkan peranan dengan menjadi perokok yang bertimbang rasa dan hanya merokok di Kawasan Merokok Ditetapkan (DSA).

Menurutnya pelaksanaan DSA yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) juga adalah pendekatan pragmatik dan boleh dicapai sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan dikuatkuasakan dengan ketat.

BACA JUGA: Penebusan & Penggunaan Baucar Buku Dibuka Sehingga 31 Disember 2024 – KPM

Sumber: Bernama