Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Umai
Kredit: Sinar Harian

Umai, Anak Saudara Siti Nurhaliza Harumkan Nama Malaysia Di WCOPA Ke-27

Athirah

Umai, Anak Saudara Siti Nurhaliza Harumkan Nama Malaysia Di WCOPA Ke-27

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Anak saudara penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar, mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, pagi tadi.

Ummi Umairah,13, yang lebih mesra disapa Umai, memenangi pingat itu menerusi kategori 2024 Junior Championship Vocalist dengan menewaskan empat peserta lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Pada pentas final tersebut, Umai mempertaruhkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

Berita kejayaan itu dikongsikan oleh Umai di Instagram miliknya, @umairah_sairahtarudin.

“Kemenangan ini untuk korang (anda) semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat,” tulis anak kepada penyanyi Siti Saerah itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi video nyanyian Umai berserta kapsyen “berserah” selain turut meninggalkan komen di Instagram milik Umai.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” katanya ringkas dalam video berdurasi lebih kurang seminit itu.

Terdahulu, pada saringan pertama, Umai bersaing dalam lima kategori, iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berentap di peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B Yang seterusnya membawa remaja ini ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.

BACA: Prebet Syafiq Ditemui Selamat Selepas 19 Hari Dilaporkan Hilang

BACA: Kemeriahan Euro 2024, Restoran Hakim Sedia Lebih 4,000 Kerusi & Meja Untuk Penonton

Sumber: Bernama