Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
protes anti kuota
Gambar: Munir Uz Zaman/AFP

Protes Anti Kuota Di Bangladesh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Azizah Najib

Protes Anti Kuota Di Bangladesh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Bangladesh ketika ini berada di bawah perintah berkurung akibat rusuhan yang berlaku sehingga menyebabkan 115 terbunuh dan ratusan lagi tercedera.

Protes ini bermula bagi menuntut kerajaan membatalkan polisi kuota pengambilan bagi jawatan dalam perkhidmatan awam negara tersebut.

Apakah polisi kuota jawatan perkhidmatan awam di Bangladesh?

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh kementerian pentadbiran awam negara tersebut pada 2022, Bangladesh mempunyai lebih dari 1.9 juta jawatan penjawat awam.

Memetik AFP, lebih separuh daripada individu yang diambil bekerja dalam sektor awam tersebut tidak dipilih berdasarkan merit tetapi di bawah peraturan tindakan afirmatif.

Peraturan tersebut mengutamakan wanita, penduduk dari daerah yang kurang membangun dan kohort lain yang kurang bernasib baik.

tunjuk perasaan pelajar bangladesh
Kredit: AFP/Munir Uz Zaman

Namun, polisi yang menjadi pertikaian merupakan sistem kuota yang menetapkan 30 peratus jawatan simpanan bagi anak pejuang kebebasan yang terlibat dalam peperangan menentang Pakistan pada 1971.

BACA: Pengguna Windows Seluruh Dunia Alami “Blue Screen Of Death”, Kerja Tergendala

Polisi tersebut telah ditetapkan oleh pemimpin kemerdekaan, Sheikh Mujibur Rahman pada 1972. Mujibur merupakan bapa kepada Perdana Menteri semasa Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed.

Pada 2018, kerajaan di bawah pentadbiran Hasina telah memansuhkan skim kuota tersebut berikutan bantahan pelajar.

Namun, pada bulan Jun lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan perubahan tersebut menyalahi undang-undang dan mengarahkan kerajaan memperkenalkan semula skim kuota tersebut. Mahkamah Agung kemudiannya menggantung perintah Mahkamah Tinggi tersebut dan menjadualkan perbicaraan semula pada 7 Ogos.

tunjuk perasaan pelajar bangladesh
Gambar: AFP

BACA: Mohd Rifdean Raih Kemenangan Kedua, Tumbangkan Petaek Dengan TKO

Mengapa polisi kuota ini ditentang pelajar?

Biarpun ekonomi Bangladesh meningkat secara drastik sejak beberapa dekad lalu, namun negara tersebut tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada rakyatnya dengan populasinya setakat ini kira-kira 170 juta rakyat.

Lebih 40 peratus warga Bangladesh dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun berstatus penganggur, tidak menerima pendidikan mahupun sebarang latihan. Statistik dari kementerian negara tersebut menunjukkan jumlah kesemuanya melibatkan 18 juta warganya.

Menurut pakar ekonomi, krisis pekerjaan dilihat meruncing terutamanya golongan graduan universiti.

Jawatan perkhidmatan awam menawarkan peluang pekerjaan seumur hidup yang stabil. Namun, menurut dakwaan pelajar di sana, sistem kuota yang wujud telah disalah guna yang memperlihatkan penyokong setia parti Hasina, Liga Awami, diberi peluang untuk mengisi jawatan itu.

Mereka menuntut supaya sistem kuota tersebut terpakai kepada etnik minoriti dan orang kurang upaya. Manakala, 94 peratus baki polisi pengisian jawatan dipilih berdasarkan merit semata-mata.

Kronologi protes pelajar di Bangladesh

Protes pelajar ini bermula pada 1 Julai 2024 apabila pelajar universiti mula menghalang jalan utama dan landasan kereta api di bandar-bandar utama seluruh negara. Ia dilakukan bagi mendapatkan perhatian terhadap tuntutan mereka.

Hampir setiap hari mereka meneruskan tunjuk perasaan ini dengan disertai oleh pelajar sekolah menengah.

Kekecohan bermula pada Isnin apabila berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan anti-kuota dan sayap pelajar Liga Awami sehingga menyebabkan lebih 400 orang cedera di dua universiti di Dhaka.

tunjuk perasaan pelajar bangladesh
Gambar: AFP

Keadaan meruncing apabila keganasan semakin meningkat pada Khamis. Beberapa pertembungan dilaporkan berlaku di hampir separuh dari keseluruhan 64 daerah negara itu.

Tindak balas kerajaan Bangladesh terhadap kejadian

Kerajaan mengeluarkan arahan pada Selasa supaya insititusi pendidikan di seluruh negara ditutup berikutan memberi laluan kepada pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh menjaga ketenteraman di beberapa bandar.

Menerusi serbuan pihak polis di ibu pejabat Parti Nasionalis Bangladesh, seramai tujuh orang ahli ditahan.

Dalam satu sidang media pada Rabu, Hasina menyelar “pembunuhan” para penunjuk perasaan. Pihaknya turut memberi jaminan untuk menghukum mereka yang terlibat tanpa mengira fahaman politik.

Menteri Keadilan, Anisul Huq telah memanggil penunjuk perasaan pada Khamis bagi mengadakan rundingan.

Menerusi maklumat dari pemantau web global, NetBlocks pada Jumaat, penutupan internet berskala besar kekal berkuat kuasa di Bangladesh. Ini berikutan sekatan capaian internet oleh kerajaan.

Setakat hari ini, penunjuk perasaan masih bertekad untuk meneruskan demonstrasi biarpun berdepan tindakan keras. Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa kerajaan pimpinan Hasina untuk melindungi pelajar dari keganasan.

BACA: Protes Di Bangladesh Semakin Memuncak, 115 Orang Dilapor Maut

Sumber: AFP, The Economic Times