Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
mesyuarat brics
Tiada Kategori

Mesyuarat BRICS Menangani Cabaran Keselamatan Sosial Global

Nurul Naqiyah

Mesyuarat BRICS Menangani Cabaran Keselamatan Sosial Global

SOCHI – Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh dan Pekerjaan BRICS (LEMM) menekankan keperluan mendesak untuk mewujudkan sistem keselamatan sosial yang lebih kukuh dan terangkum di seluruh dunia.

Diadakan selama dua hari mulai 9 September lalu di Sochi, Rusia, mesyuarat menghimpunkan menteri-menteri dan wakil-wakil utama dari negara-negara BRICS – Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan; serta buat pertama kalinya, kehadiran negara-negara anggota baharu pasca peluasan BRICS termasuk Mesir, Iran, Arab Saudi, UAE dan Ethiopia – bertujuan bagi menangani cabaran utama dalam pasaran buruh serta perlindungan sosial.

Perbincangan terarah kepada penyesuaian semula rangka kerja keselamatan sosial untuk menangani isu-isu pekerjaan yang tidak menentu, ketidaksaksamaan pendapatan dan perubahan bentuk pekerjaan.

Hasil mesyuarat dijangka memberi kesan limpah ketara terhadap amalan buruh global, terutama di negara membangun yang sedang berusaha memperkukuh keupayaan institusi dan memperluaskan perlindungan kepada pekerja berisiko.

Di tengah kemelut perubahan landskap geopolitik, Presiden International Social Security Association (ISSA), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, adalah antara yang hadir mewakili suara 333 ahli institusi dari162 negara pada mesyuarat tersebut.

mesyuarat brics

Menangani Ketidaksamaan

Dr. Mohammed Azman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) berkata, perbincangan LEMM tepat pada masa kritikal ketika ini kerana banyak negara sedang menghadapi gangguan ekonomi dan perubahan teknologi yang melebarkan jurang pendapatan serta mencetuskan banyak situasi pekerjaan tidak menentu, terutama dalam ekonomi tidak formal dan gig.

Sejajar usaha memperjuangkan pengukuhan sistem keselamatan sosial dan menangani rangkaian cabaran, beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan rangka kerja perlindungan sosial yang boleh disesuaikan serta mapan, khususnya bagi pekerja berisiko.

“Perbincangan di Sochi bukan hanya berkisar tentang dasar, tetapi juga penyelesaian konkrit yang boleh membentuk semula sistem perlindungan sosial agar lebih terangkum.

“Fokus untuk menyesuaikan semula sistem keselamatan sosial dilihat amat penting dalam ekonomi membangun, di mana jurang dalam perlindungan sering menyebabkan segmen besar penduduk tidak dilindungi,” katanya.

mesyuarat brics

Penglibatan Global Malaysia

Awal tahun ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengumumkan permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS, selari usaha meningkatkan kerjasama antarabangsa dan mewakili suara ASEAN dalam forum-forum global. Malaysia juga giat menjalin kerjasama antarabangsa dalam daya tahan pasaran buruh dan keselamatan sosial, terutama dalam usaha menyertai BRICS.

Peranan Dr. Mohammed Azman dalam LEMM BRICS antara lain menekankan pendirian proaktif ISSA dalam perbincangan berkenaan, sejajar keutamaan negara untuk menggalakkan lebih banyak keterangkuman sosial dan melindungi pekerja dalam ekonomi global yang semakin tidak menentu.

mesyuarat brics

Visi Global untuk Keselamatan Sosial

Penyertaan ISSA dalam perbincangan BRICS mencerminkan visi global yang lebih luas untuk keselamatan sosial, malah pakar menekankan keperluan penyelarasan sistem perlindungan sosial secara global susulan peningkatan mobiliti buruh dan pertumbuhan ekonomi gig.

Penglibatan dalam perbincangan ini menonjolkan kesediaan ISSA untuk menyumbang kepada pembangunan rangka kerja yang menyediakan perlindungan sejagat kepada pekerja di seluruh

sempadan. Ini amat relevan kerana banyak negara menghadapi cabaran dalam menyesuaikan model perlindungan sosial lama untuk memenuhi keperluan tenaga kerja moden yang dinamik.

Ketika BRICS terus meneroka cara untuk meningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan negara anggotanya, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk arah masa depan dasar pasaran buruh dan keselamatan sosial global.

Hasil mesyuarat Sochi ini dijangka mempengaruhi reformasi pasaran buruh antarabangsa, dengan fokus kepada menangani ketidaksamaan pendapatan dan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dalam sektor informal.