Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
batman serbu mesyuarat
Kredit: The Washington Post
‘Batman’ Serbu Mesyuarat Majlis Bandar, Bantah Penglibatan ICE Di Super Bowl

Sofea

‘Batman’ Serbu Mesyuarat Majlis Bandar, Bantah Penglibatan ICE Di Super Bowl

Seorang lelaki berpakaian seperti Batman memarahi pegawai di bandar California yang bakal menjadi tuan rumah Super Bowl bulan depan, susulan dakwaan bahawa pihak berkuasa mungkin membenarkan pegawai Penguat Kuasa Imigresen dan Kastam (ICE) melakukan rondaan semasa perlawanan akhir Kejohanan NFL itu.

Menurut AFP, individu yang digelar Caped Crusader itu berucap semasa sesi komen awam dalam mesyuarat majlis bandar Santa Clara pada Selasa.

Beliau memulakan ucapannya dengan laungan “Ker-pow!”, sebelum menumbuk meja rostrum dan melontarkan kata-kata kesat sambil mempersoalkan, “apa sebenarnya yang kita sedang lakukan di sini?”.

“Anda sudah mempunyai masa berbulan-bulan untuk membuat persiapan bagi acara besar ini.

“Setiap hari ada orang mati di jalanan negara ini kerana kita membenarkan kerajaan persekutuan memperlakukan anda sesuka hati,” katanya merujuk kepada perlawanan yang bakal menyaksikan New England Patriots menentang Seattle Seahawks bagi merebut kejuaraan bola sepak Amerika pada 8 Februari.

Letusan kemarahan itu berlaku ketika ketegangan memuncak di Amerika Syarikat susulan kematian dua penunjuk perasaan di Minneapolis bulan ini, yang ditembak mati oleh ejen persekutuan dalam operasi yang dikendalikan oleh ICE dan Pasukan Peronda Sempadan.

“Anda perlu mengesahkan bahawa tiada sumber bandar akan disalurkan kepada ICE dan tiada sebarang kerjasama akan diberikan kepada mereka,” katanya.

Identiti sebenar lelaki itu tidak diketahui, namun beliau dikenal pasti sebagai 'Batman' pada paparan jam kira detik masa ucapannya.

Namun begitu, pihak Bandar Santa Clara tidak memberi maklum balas mengenai kehadiran lelaki itu.

Isu penglibatan ICE dalam Super Bowl 60 tercetus apabila Corey Lewandowski, seorang penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, mengkritik pemilihan bintang Puerto Rico, Bad Bunny iaitu seorang warganegara Amerika Syarikat, sebagai artis persembahan separuh masa.

“Amat memalukan apabila mereka memilih seseorang yang kelihatan begitu membenci Amerika,” kata Lewandowski pada September lalu.