Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Tiada Kategori

Cita Rasa Masa Hadapan Dengan Lapan Trend Kulinari Terkini di Worldchef Congress & Expo 2024

Nur Farra

Jenama perkhidmatan makanan profesional Unilever Food Solutions (UFS) akan membawakan lapan trend kulinari untuk memacu masa hadapan perniagaan makanan ke Worldchefs Congress & Expo 2024 yang bakal berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada 21 Oktober 2024 ini.

Sewaktu acara itu, UFS akan melancarkan Laporan Trend Teratas Menu Masa Hadapan Global edisi 2024 yang memberikan pandangan tentang hala tuju perniagaan makanan pada masa hadapan. Berdasarkan data global serta input komprehensif daripada komuniti cef, laporan ini menyediakan solusi dan cadangan tindakan praktikal dan bagi pengendali perkhidmatan makanan, tanpa mengira saiz perniagaan mereka.

“Seiring dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, menambah baik dan mengembangkan teknik serta inovasi menu, cef perlu menumpukan fokus pada masa hadapan,” kata Eric Chua, Chef Eksekutif UFS (Singapura, Vietnam dan Kemboja). “Worldchefs Congress bagaikan ‘bufet’ yang menghidangkan peluang untuk diterokai. Oleh itu, rebut peluang ini agar tidak ketinggalan dalam mengejar ‘masa hadapan sajian yang kita hidangkan kepada pelanggan dan penggemar makanan’. Masih banyak yang boleh dipelajari daripada trend masa lalu, di samping langkah-langkah yang perlu diambil sekarang untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih baik. Justeru, kami ingin menjemput semua cef untuk merasai cita rasa hari esok dan meneroka peluang masa hadapan tanpa had.”

Mempersembahkan: Kulinari Tanpa Batasan

Industri perkhidmatan makanan semakin berkembang pesat, begitu juga harapan yang ditaruhkan oleh pengguna. Jika gagal mengikuti arus perkembangan ini, perniagaan berisiko ketinggalan. Justeru, cef memerlukan rakan kongsi yang mampu membantu mereka kekal di hadapan arus perubahan ini.

“UFS merupakan teraju inovasi makanan yang praktikal, lestari dan teguh,” tambah Vangie Hu, Pengarah Pemasaran Serantau UFS Asia Tenggara. “Dengan menyambut perubahan industri makanan tanpa mengabaikan prinsip kulinari yang penting, UFS telah memanfaatkan data global dan pandangan daripada komuniti cef, untuk menghasilkan laporan yang menonjolkan lapan trend teratas yang akan mendefinisikan pengalaman makanan di seluruh dunia pada tahun hadapan.”

Semasa sesi satu jam yang dianjurkan oleh UFS di Worldchefs Congress, peserta akan berpeluang meneroka lapan trend global yang dikenal pasti oleh pakar industri dari seluruh dunia.

Penemuan penting yang bakal dipersembahkan termasuklah kombinasi ramuan yang luar biasa untuk mencipta cita rasa baharu, pendekatan baharu dalam mengurangkan sisa makanan, mempermodenkan makanan selesa (comfort food), serta penggunaan bahan-bahan tempatan dan amalan penyumberan yang lestari.

Antara tetamu yang dijemput termasuk Cef Eric Chua, Cef Eksekutif UFS Singapura, Vietnam, dan Kemboja; Cef Gun Gun Handayana, Cef Eksekutif UFS Indonesia; Cef Kenneth Cacho, Cef Eksekutif UFS Filipina; dan Cef Jiraroj “Pop” Navanukroh, Cef Eksekutif UFS Thailand.

Trend yang Bakal Menanti

Bagi membantu cef menyesuaikan trend yang serasi dengan menu mereka, laporan UFS Future Menus telah mengenal pasti lapan trend global yang bakal memacu masa hadapan industri perkhidmatan makanan:

Mengujakan Tunas Rasa: Pengalaman Bebas Peraturan

Penggemar makanan hari ini sentiasa mengejar pengalaman yang luar biasa dalam kehidupan harian. Mereka mengidamkan pengalaman yang mencabar pancaindera mereka. Oleh itu, pada era yang dilanda ‘sensory overload’ ini, seorang cef harus berfikir di luar kotak dan bereksperimentasi dalam mencipta menu yang ‘melanggar peraturan’ dan melangkaui sempadan bagi memenuhi cita rasa luar biasa pengguna

Meraikan Kemewahan Sumber Tempatan

Trend ini meraikan kemewahan sumber makanan tanah air kita. Kesegaran hasil tempatan dan bermusim bukan sahaja mampu meningkatkan mutu hidangan, malah memperkukuhkan hubungan antara dapur dan komuniti. Melalui ikatan ini, kami bukan sekadar menggunakan bahan-bahan tempatan, tetapi juga menyampaikan kisah tanah air dalam setiap hidangan.

Menu Rendah Sisa: Memaksimumkan Kreativiti

Cef perlu bijak menggunakan bahan dan sumber, bukan sahaja untuk menjimatkan kos, tetapi juga memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan amalan pemakanan yang baik. Kini, dengan adanya panduan yang membantu memaksimumkan setiap ramuan, cef bukan hanya dapat memenuhi harapan cef muda dan pengguna prihatin yang peka terhadap kelestarian, tetapi juga menyahut cabaran era ini yang mengutamakan inovasi dan gaya hidup lestari.

Mempermodenkan Makanan Selesa (Comfort Food): Kepuasan dalam Pengalaman Baharu

Ramai penggemar masih mencari makanan yang memberi keselesaan, dan trend menikmati hidangan masakan rumah masih berterusan. Namun, di sebalik itu, mereka juga ingin mencuba sesuatu yang baharu. Trend ini bukan sekadar menghidupkan kembali hidangan klasik, tetapi juga menyuntik kisah masakan, warisan, dan sentuhan nostalgia yang unik dalam setiap sajian.

Protein Tumbuhan: Mengangkat Protein Sayuran

Trend fleksitarianisme kian meningkat. Pengamal diet ini tidak beralih sepenuhnya kepada vegetarian/vegan, sebaliknya menggantikan 1-2 hidangan mingguan dengan pilihan berasaskan tumbuhan untuk manfaat kesihatan. Ini membuka peluang besar bagi cef untuk menawarkan menu yang lebih pelbagai dan inklusif sambil mengurangkan kos dan impak alam sekitar.

Era Baharu Berkongsi Makanan: Dinamik dan Interaktif

Pengguna semakin menghargai detik makan bersama dan berkongsi hidangan lazat dalam suasana santai. Meja makan kini lebih daripada sekadar tempat makan — ia adalah pemangkin kebahagiaan, gelak tawa, dan silaturahim. Ini membuka peluang luas untuk cef berinovasi, bereksperimen, dan mencipta pengalaman makan yang mewah, sekali gus mengilhamkan semula pengalaman berkongsi makanan.

Daya Tarikan Sayuran

Sayur-sayuran kini semakin popular dan telah menjadi ‘bintang’ dalam hidangan istimewa cef untuk menarik minat pengguna generasi baharu. Selain berkhasiat, ia juga berwarna-warni dan lazat. Bagi memaksimumkan potensi sayuran ini, cef perlu terus meningkatkan kemahiran dan kreativiti mereka. Mari kita sambut perubahan ini dan menambah warna-warni dalam menu kita!

Makanan ‘Feel-Good’: Kesejahteraan Holistik

Pengguna kini semakin sedar bahawa kesihatan bermula dari setiap pilihan makanan yang dibuat. Secara lazimnya, mereka mahukan hidangan yang disediakan dengan penuh kebaikan. Ini bermakna mengurangkan lemak tepu, memilih daging kurang berlemak, serta mengurangkan penggunaan sos. Makanan ‘feel-good’ adalah tentang mencari titik keseimbangan di mana setiap hidangan dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan tenaga anda.

Muat turun dan ketahui lebih lanjut tentang ‘Laporan Trend Menu Masa Depan’ dengan menghadiri Worldchefs Congress pada 21 Oktober, di Marina Bay Sands, Singapura.