Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pengaruh diplomatik malaysia
Kredit: Bernama

Malaysia Antara Negara Catat Peningkatan Terbesar Dalam Pengaruh Diplomatik – Indeks Kuasa Asia

Azizah Najib

Malaysia Antara Negara Catat Peningkatan Terbesar Dalam Pengaruh Diplomatik – Indeks Kuasa Asia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Malaysia merupakan satu daripada dua negara yang menyaksikan peningkatan pengaruh diplomatik terbesar, menurut Laporan Penemuan Utama Lowy Institute 2024.

Laporan Indeks Kuasa Asia edisi 2024 menyatakan Malaysia mencatatkan peningkatan 9.1 mata di belakang Filipina yang mempunyai peningkatan 12.1 mata.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga jauh lebih aktif di peringkat antarabangsa.

“Kedua-duanya (Malaysia dan Filipina) diketuai oleh pemimpin baharu dan aktif secara diplomatik,” menurut laporan itu.

BACA: Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

“Bersama menteri luar, Anwar mengadakan 72 mesyuarat dua hala dengan negara dalam Index, meningkatkan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-11 ke tempat ke-5 dalam indikator aktiviti diplomatik ini,” tambahnya.

Kedudukan Malaysia untuk kepimpinan serantau meningkat dua anak tangga ke kedudukan ke-12, dan kepimpinan global naik satu tempat iaitu ranking ke-15, menurut laporan itu.

Indeks Kuasa Asia tahunan yang dilancarkan oleh Lowy Institute pada 2018 mengukur sumber dan pengaruh untuk menentukan kedudukan kuasa relatif negara di Asia. Projek ini memetakan pengagihan kuasa sedia ada seperti yang ada hari ini, dan menjejaki peralihan dalam keseimbangan kuasa dari semasa ke semasa.

BACA: Hujan Lebat, Angin Kencang Di Kebanyakan Negeri Pagi Ini

Indeks ini meletakkan kedudukan 27 negara dan wilayah dari segi keupayaan mereka untuk membentuk persekitaran luaran mereka – skopnya menjangkau sejauh barat Pakistan, sejauh utara Rusia, dan sejauh ke Pasifik seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Edisi 2024 merupakan penilaian paling komprehensif mengenai perubahan pengagihan kuasa di Asia setakat ini. Ia turut memasukkan Timor-Leste buat kali pertama, mencerminkan kepentingannya yang semakin meningkat berikutan kemungkinan penyertaannya dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun-tahun akan datang.

Indeks Kuasa Asia Lowy Institute terdiri daripada lapan ukuran kuasa, 30 subukuran tematik dan 131 penunjuk. Lebih separuh daripada penunjuk ini melibatkan penyelidikan asal Lowy Institute, manakala selebihnya diambil daripada ratusan sumber nasional dan antarabangsa yang boleh diakses secara umum.

BACA: Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Terbuka Denmark

Sumber: Bernama