Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Kelahiran Hidup Meningkat 7.7 Peratus Pada 2023

Azizah Najib

Kelahiran Hidup Meningkat 7.7 Peratus Pada 2023

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) — Kelahiran hidup meningkat 7.7 peratus kepada 455,761 pada 2023 berbanding 423,124 kelahiran pada 2022, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam terbitan Perangkaan Penting 2024.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing 235,981 dan 219,780.

“Peningkatan bilangan kelahiran ini telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) turut merekodkan peningkatan daripada 12.9 pada 2022 kepada 13.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2023,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata semua negeri merekodkan peningkatan CBR pada 2023 berbanding 2022 kecuali Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya yang merekodkan penurunan daripada 15.7 kelahiran pada 2022 kepada 14.4 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2023.

BACA: Hasil Siasatan Kematian Pakar Perubatan Patologi Akan Didedahkan – Dr Dzulkefly

“Terengganu merekodkan CBR tertinggi dengan 21.6 kelahiran manakala WP Kuala Lumpur merekodkan CBR terendah dengan 10.7 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk,” katanya.

Selain itu, tujuh negeri merekodkan CBR melebihi paras nasional pada 13.6 kelahiran iaitu Kelantan (19.2), Kedah (15.4), Pahang (14.7), WP Putrajaya (14.4), WP Labuan (14.2) dan Johor (13.7).

Mohd Uzir berkata etnik Melayu menyumbang 67 peratus atau 305,494 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada 2023 manakala kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India masing-masing merekodkan peningkatan daripada 9.5 peratus dan 4.1 peratus pada 2022 kepada 9.8 peratus dan 4.4 peratus pada 2023.

Sementara itu, beliau berkata Bumiputera lain meningkat kepada 12.7 peratus berbanding 12.5 peratus pada 2022. Bumiputera lain terdiri Bumiputera Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

BACA: 3,847 Kanak-Kanak Dilapor Hilang Dari 2020 Hingga September Lepas

Bagi kadar kesuburan jumlah (TFR), Mohd Uzir berkata ia merekodkan peningkatan daripada 1.6 anak pada 2022 kepada 1.7 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun pada 2023.

Sejak 1970 hingga 2012, TFR negara telah direkodkan di atas paras penggantian iaitu 2.1 anak bagaimanapun TFR mula menurun di bawah paras penggantian bermula 2013 hingga kini.

Paras penggantian 2.1 anak ialah purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang perempuan sepanjang tempoh kesuburannya mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya.

Mohd Uzir turut berkata kematian yang direkodkan pada 2023 ialah 196,965 kematian menurun 4.7 peratus berbanding 206,780 kematian pada 2022 iaitu selepas pandemik COVID-19.

BACA: Pelajar Sekolah Maut Dihempap Tembok Runtuh

Beliau berkata kadar kematian kasar (CDR) turut merekodkan penurunan daripada 6.3 kematian pada 2022 kepada 5.9 kematian pada 2023 bagi setiap 1,000 penduduk.

Bilangan kematian lelaki pada 2023 ialah 112,293 atau 57 peratus daripada jumlah kematian manakala bilangan kematian perempuan ialah 84,672 atau 43 peratus.

Kumpulan umur 70-74 tahun merekodkan jumlah kematian tertinggi pada 2023 dengan 24,516 kematian berbanding kumpulan umur yang lain manakala kumpulan umur lima hingga sembilan tahun merekodkan bilangan terendah dengan 474 kematian pada 2023.

Sumber: Bernama