Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
pelajar disabit kesalahan bunuh
Kredit: Bernama

Pelajar Malaysia Di UK Disabit Kesalahan Bunuh Selepas Bayi Ditemukan Dalam Kotak Bijirin

Azizah Najib

Pelajar Malaysia Di UK Disabit Kesalahan Bunuh Selepas Bayi Ditemukan Dalam Kotak Bijirin

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), yang meletakkan bayi yang baru dilahirkannya ke dalam kotak bijirin sejurus selepas dilahirkan pada Mac tahun ini dan menyembunyikan kotak itu di dalam beg pakaian, disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Menurut laporan yang diterbitkan dalam laman web Crown Prosecution Service (CPS) UK, suspek, 22, disabitkan pada Khamis (24 Okt) di Mahkamah Warwick Crown atas satu pertuduhan membunuh.

Suspek yang menetap di Coventry, tiba di UK awal tahun ini untuk menyambung pengajian di Universiti Coventry.

BACA: Akta Baharu Tahanan Di Rumah Tiada Kaitan Dengan Najib – Fahmi

Dalam usaha untuk menyembunyikan kehamilannya, dia yang melahirkan bayi itu pada 4 Mac lepas, meletakkan bayinya yang baru lahir di dalam kotak bijirin, sebelum membungkusnya dengan beg plastik dan menyimpan kotak itu di dalam beg pakaian.

Polis menemukan bayi itu dua hari kemudian. Ketika itu bayi tersebut telah meninggal dunia.

Suspek menafikan tuduhan membunuh bayinya sebaliknya berkata dia mendengar suara yang menyuruhnya membunuh bayi itu.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Bagaimanapun juri menolak pembelaan itu dan mendapati dia bersalah atas tuduhan membunuh. Suspek dijadual dijatuhi hukuman pada 25 Oktober (Jumaat).

James Leslie Francis dari CPS berkata suspek menyembunyikan kehamilannya daripada semua orang yang dikenalinya dan tiba di UK dengan mengetahui bahawa dia mungkin akan bersalin di sini.

“Dia mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan tetapi sebaliknya memilih untuk berahsia. Malah sanggup berbohong kepada orang terdekat, penyedia penjagaan kesihatan dan polis.”

“Bayi suspek masih hidup selepas dilahirkan dan berpeluang untuk bertahan, tetapi suspek membuat keputusan untuk meletakkannya di dalam kotak bijirin, mengetahui tindakan itu akan membunuhnya,” kata Francis seperti yang dipetik dalam laporan itu.

BACA: Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

Sumber: Bernama