Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Kredit: Instagram Vivy Yusof

Vivy & Fadza Perjelas Situasi, Umum Letak Jawatan Dalam FashionValet

Azizah Najib

Vivy & Fadza Perjelas Situasi, Umum Letak Jawatan Dalam FashionValet

Usahawan perniagaan, Vivy Sofinas Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengumumkan peletakan jawatan mereka sebagai pengasas bersama dalam syarikat Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram peribadi, Vivy memohon maaf kepada para pelabur berikutan kerugian yang ditanggung pihak Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional bhd (PNB).

Sehubungan dengan itu, mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kerugian tersebut.

“Kami kesal dengan kontroversi yang melibatkan Khazanah dan PNB. Kedua pihak sentiasa bertindak secara profesional demi kepentingan organisasi.

“Kami berharap kegagalan ini tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menyokong usahawan tempatan yang lain.

“Rasanya sudah tiba masanya untuk kami keluar dari perniagaan dan lepaskan jawatan,” ujarnya.

BACA: Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

Dalam kenyataan yang sama, Vivy turut memperjelas situasi syarikat berkenaan. Menurutnya, kerugian tersebut berpunca dari kegagalan pihaknya menyediakan perancangan yang cukup.

“Sejujurnya kami telah cuba untuk mengembangkan perniagaan terlalu pantas, namun tidak menyediakan perancangan menghadapi situasi getir.

“Kami melabur terlalu banyak dalam teknologi, malah terlalu gopoh mengembangkan pasukan dan bilangan kedai,” jelasnya.

Vivy berkata, mereka juga melakukan kesilapan dengan menjangkakan bakal berlaku pertumbuhan berterusan dalam perniagaan FashionValet.

“Namun ketika pandemik berlaku, kami tersilap. Biarpun kami cuba mengurangkan kos termasuk menutup platform e-dagang, keadaan menjadi lebih buruk,” tambahnya.

BACA: Don Dukun Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

Menurutnya, terlalu banyak perkara yang mereka harap dapat diputuskan dengan cara yang lain.

“Terlalu banyak faktor yang kami harap kami pertimbangkan dahulu sebelum memulakan rancangan mengembangkan perniagaan kami,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) melaporkan Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta sahaja sedangkan pelaburan kedua-dua syarikat ini berjumlah RM47 juta.

“Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada mandat Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapatkan pendedahan kepada tesis pelaburan dalam sektor e-dagang yang kian berkembang.

“Pada masa yang sama, tesis pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama-jenama Malaysia.

“Pelaburan Khazanah dan PNB disalurkan ke dalam syarikat Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan,” kata MOF.

BACA: Labur RM47 Juta, Khazanah & PNB Jual Pegangan Dalam FashionValet Pada Harga RM3.1 Juta

Sumber: Vivy Yusof