Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
sprm fashionvalet
Kredit: Bernama

SPRM Siasat Kerugian Pelaburan FashionValet

Azizah Najib

SPRM Siasat Kerugian Pelaburan FashionValet

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kerugian pelaburan yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam syarikat Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), lapor Astro Awani.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, siasatan tersebut diperlukan kerana kerugian ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

“Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

“Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak, atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola,” ujarnya ketika dihubungi Astro Awani.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Khazanah dan PNB mengalami kerugian apabila menjual pegangan mereka dalam FashionValet. Penjualan pada harga RM3.1 juta itu lebih jauh rendah berbanding pelaburan kedua syarikat tersebut.

BACA: Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

Menerusi penjelasan Khazanah dan PNB berkenaan isu pelupusan pegangan dalam FashionValet, jumlah kerugian yang ditanggung kedua syarikat ini sebanyak RM43.9 juta. Kerugian ini hasil penjualan saham kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

“Pelupusan pegangan dari FashionValet mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab untuk memindahkan pemilikan kepada pihak yang boleh membantu membimbing mereka ke trajektori pertumbuhan baharu,” kata Khazanah.

Menurut Khazanah, pelaburan dalam FashionValet berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian serta komitman dalam menyokong usahawan tempatan serta syarikat peringkat awal yang berpotensi.

BACA: Vivy & Fadza Perjelas Situasi, Umum Letak Jawatan Dalam FashionValet

“Dalam tempoh beberapa tahun, syarikat tersebut berdepan cabaran, sebahagian besarnya mengalami kesulitan akibat COVID-19, termasuk rancangan perluasan platform.

“Ini menyebabkan FashionValet, di bawah bimbingan Lembaga Pengarah dan pemegang saham, beralih fokus daripada menjadi sebuah platform e-dagang untuk jenama Asia Tenggara kepada mengembangkan jenama milik penuh, Duck dan Lilit. Ia bagi mengekalkan margin operasi dan aliran tunai syarikat,” kata Khazanah.

Dalam pada itu, PNB turut mengeluarkan kenyataan memperjelas isu ini. Menurut PNB, FashionValet mewakili pelaburan modal teroka tulen, bertujuan menyokong syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.

“Pelaburan ini juga dibuat oleh PNB selaras dengan seruan kerajaan pada waktu itu untuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan menyokong pertumbuhan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi yang beroperasi dalam ekonomi baharu,” kata PNB.

BACA: Labur RM47 Juta, Khazanah & PNB Jual Pegangan Dalam FashionValet Pada Harga RM3.1 Juta

Sumber: Astro Awani