Siakap Keli
satelit kayu
Kredit: AFP

Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia

ANKARA, 6 November (Bernama) — Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas, lapor Agensi Anadolu.

Satelit yang diperbuat daripada kayu ini akan digunakan untuk penerokaan bulan dan Marikh.

LignoSat, dinamakan sempena perkataan Latin untuk kayu, dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di AS dengan menaiki roket SpaceX menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

BACA: Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit

LignoSat, yang dibangunkan hasil kerjasama Universiti Kyoto dan syarikat pembinaan rumah Sumitomo Forestry, bersaiz sebesar tapak tangan dan direka untuk menunjukkan potensi kosmik bahan yang boleh diperbaharui semasa manusia meneroka kehidupan di angkasa lepas.

Satelit ini akan kekal di orbit selama enam bulan, sebaik sahaja dilancarkan ke angkasa.

BACA: Dua Kilang Papan & Besi Musnah Dalam Kebakaran

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.