Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Siti Nurhaliza Biduanita Negara
Kredit: Siti Nurhaliza via Instagram

Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara 2024

Hannah

Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara 2024

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru sahaja dianugerahkan gelaran berprestij Biduanita Negara.

Pengiktirafan ini diterimanya dalam satu majlis gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan besar Siti Nurhaliza kepada industri muzik tempatan.

Dalam ucapannya, Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seninya selama ini.

Menurutnya, pengiktirafan ini adalah suatu penghormatan yang sangat bermakna bagi dirinya.

“Seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tapi dapat dekatkan diri saya dengan masyarakat.

“Saya dapat bertemu peminat, pelbagai latar belakang, mendekati masyarakat pelbagai bangsa, memperkenalkan negara melalui persembahan di luar negara.

“Saya gembira kerana kerjaya seni ini telah mematangkan diri saya untuk memberikan inspirasi, contoh serta pengaruh yang baik dalam masyarakat.

“Apa yang saya harapkan agar satu hari nanti hasil seni jadi tanda atau prasasti untuk disantuni generasi muda akan datang,” katanya dalam video ucapan anugerah tersebut.

BACA: Tunku Azizah Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UITM

Majlis ASN 2024 turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, yang berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut.

Siti Nurhaliza juga membuat persembahan istimewa dengan menyampaikan dua lagu, diikuti dengan medley lagu popular beliau sebagai penutup acara.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza dalam ucapan ringkasnya turut berjanji untuk terus menyumbang kepada industri muzik Malaysia.

“Bagi saya, ini merupakan anugerah yang besar untuk saya. Prinsip saya dalam kerja atau sayang saya lakukan, saya harus memberi sumbangan dan kita semua ada peranan dalam kerjaya kita.

“Insya-Allah saya akan terus berikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” tambahnya lagi.

Untuk info, sebagai penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Siti Nurhaliza menerima hadiah wang tunai RM30,000, kain songket, watikah, trofi dan penghormatan sebagai Seniman Tamu.

Siti Nurhaliza kini menyertai senarai nama-nama besar yang pernah dianugerahkan gelaran ini, iaitu Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).

BACA: Wanita Kongsi Gelagat Suami Bila ‘Demam’ Buat Ramai Terhibur

BACA: Berlari Ziarah ‘Rumah Baru’ Ayah, Anak Kecil Ini Buat Ramai Sebak

Sumber: Astro Awani