“Tak perlu pergi hiking..”, Penduduk Teruja Fenomena ‘Awan Karpet’ Di Sekitar Bangi, Putrajaya
Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti mendaki, pemandangan bukit atau gunung sememangnya menjadi buruan orang ramai.
Nak pula, pemandangan ini diselimuti awam tebal atau lebih dikenali sebagai awan ‘karpet’, tentunya lebih mengujakan.
Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak ramai berpeluang untuk menyaksikan keindahannya di depan mata.
Namun, pemandangan ruang langit di sekitar Putrajaya dan Bangi semalam diselimuti awan tebal tak ubah seperti berada di kawasan tinggi.
Menerusi beberapa gambar dan video yang dikongsikan oleh pengguna Threads @_dieldanish memaparkan fenomena yang jarang berlaku itu.
“Bangun je dari tidur terus dapat view macam ni,” kongsinya di platform berkenaan.
https://www.threads.net/@_dieldanish/post/DCxwGDfThi4?xmt=AQGzMn1KC3GDsqCHGwKxOBnIgdyu5m5GHhGd7molCWG3qg
Difahamkan, gambar dan video berkenaan diambil di Savanna Southville sekitar jam 6.57 pagi semalam.
Makin Tinggi Makin Cantik

Sementara itu, seorang lagi pengguna di perumahan sama turut berkongsi pemandangan sama namun dari ketinggian yang berbeza.
“Sama! Bangun tidur je nampak ni. Terpegun kejap. Ni orang cakap awan karpet. (rumah tingkat 37),” tulisnya.

Selain itu, warganet lain turut berkongsi pemandangan yang serupa namun di kawasan yang berbeza.
Sebahagian mereka meluahkan rasa teruja melihat pemandangan tersebut yang disifatkan jarang-jarang berlaku.
“Merasa kejap duduk atas kayangan” – Netizen
Berikut antara komen orang ramai;
“Putrajaya pun sama. Pergi kerja dengan moto, sampai ragu-ragu nak redah sebab kabus tebal sangat,” komen seorang pengguna.
“Takyah hiking dah, duduk situ dah dapat view awan karpet,” tulis seorang pengguna.
“Putrajaya pagi tadi hehe,” luah seorang pengguna.
“Disebabkan ini pergi kerja lewat sikit tadi,” kongsi seorang lagi.
“Rindunya duduk sana, view cantik, nak beli apa-apa pun turun bawah settle beli semua barang. Kereta motor jadi tukun je masa duduk sana,” komen seorang lagi.
Sumber: Threads @_Dieldanih