Siakap Keli
Pasir Puteh
Kredit: @noooooopaaaaal via TikTok

Banjir Teruk, Hujan Lebat & Angin Kuat, Lelaki Kongsi Situasi Di Pasir Puteh

 Banjir, Angin Kuat & Hujan Lebat, Lelaki Kongsi Situasi Di Pasir Puteh

Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan kejadian banjir besar melanda Kelantan ketika ini.

Menurut media tempatan, beberapa sungai dilaporkan telah melebihi paras bahaya setakat 8 pagi ini dengan air banjir menenggelami banyak kawasan penempatan orang ramai.

Keadaan ini memaksa ramai mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, banyak video berkaitan bencana banjir yang sedang melanda negeri itu sedang sedang dan menjadi tular di media sosial.

Pasir Puteh antara beberapa daerah yang terjejas akibat banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memaparkan keadaan banjir di kawasan Pasir Puteh yang dilihat semakin buruk.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @noooooopaaaaal, dapat dilihat angin kencang menerbangkan atap zink kedai. Dalam masa sama, air banjir mencecah paras lutut melanda kawasan itu berikutan hujan berterusan.

Beberapa kenderaan termasuk kenderaan berat dilihat meredah air banjir yang mula naik dan mengenggelamkan jalan utama.

@noooooopaaaaal turut meminta doa orang ramai agar semua mangsa banjir diberi perlindungan dan dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi bencana alam ini.

Video berkenaan mendapat 4.4 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa simpati dengan nasib penduduk di sana. Dalam masa sama, ada yang menzahirkan kerisauan apabila melihat penduduk meredah banjir seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Semoga dipermudahkan segala urusan yang terlibat,” komen seorang wargamaya.

“Pernah sekali merasa banjir. Letih fizikal mental.. bayangkan yang bnyak kali kena banjir. Semoga dipermudahkan urusan,” komen seorang lagi wargamaya.

@noooooopaaaaal

semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻 #banjir2024 #pasirputih

♬ suara asli – Lyric Story – Candar Nasution

Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat

Menurut Bernama, hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).

Jajahan lain yang turut terkesan dengan bencana ialah Pasir Puteh (4,956 mangsa, 21 PPS); Machang (4,395 mangsa, 20 PPS); Jeli (838 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (46 mangsa, sebuah PPS).

BACA: “Assalammualaikum Opah…,” Ucapan Penghargaan Graduan Terbaik UNIKL Buat Ramai Sebak 

Sumber: @noooooopaaaaal via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.